Posts

Showing posts from May, 2018

Bentuk Pemerintahan Persekutuan, Raja Berperlembagaan dan Demokrasi Berparlimen

SEJARAH MALAYSIA STPM Soalan : Menghuraikan Bentuk Pemerintahan Persekutuan, Raja Berperlembagaan dan Demokrasi Berparlimen . SISTEM PEMERINTAHAN Pengenalan Sistem Persekutuan adalah satu daripada tiga sistem kerajaan yang diamalkan oleh kebanyakkan negara di dunia. Di Malaysia adalah merupakan sebuah negara Persekutuan dan menjadi asas kepada pembentukan negara Persekutuan bermula dengan penubuhan Negeri-negeri Melayu Bersekutu pada tahun 1896. Manakala penubuhan Persekutuan Tanah Melayu yang berada di bawah sistem pemerintahan pada tahun 1948 pula adalah merupakan gabungan semua negeri di Tanah Melayu. Sistem ini yang menggariskan pembahagian kuasa antara kerajaan pusat dan kerajaan negeri yang telah menjadikan institusi beraja baharu yang dibentuk pada tahun 1957. Namun, sistem beraja mutlak telah diubah menjadi sistem raja berperlembagaan seiring dengan amalan demokrasi yang dibawa masuk dari luar dan menjadi asas kepada pembentukan kerajaan di Malaysia. Selain it

Perkembangan Perlembagaan di Sabah & Sarawak

SEJARAH MALAYSIA STPM Soalan : Menggalurkan perkembangan Perlembagaan di Sabah & Sarawak. Perlembagaan di Sabah Pada tahun 1881 hingga 1942, Sabah atau Borneo Utara berda di bawah pentadbiran Syarikat Borneo Utara British. Pada tahun 1942, Jepun telah menakluki Sabah dan   memerintah Sabah sehingga tahun 1945. Walaubagaimanapun, selepas kekalahan Jepun dalam Perang Dunia Kedua, pentadbiran sabah diserahkan kepada tentera Australia. Pada 10 Jun 1945, tentera Australia menyerahkan pentadbiran Sabah kepada tentera British yang memperkenalkan pentadbiran Tentera British   (BMA) untuk memulihkan keamanan di Sabah. Selepas Perang Dunia Kedua, Syarikat Borneo Utara British tidak mampu untuk mentadbir sabah   kerana keadaan ekonomi Sabah merosot akibat peperangan dan memerlukan bantuan kewangan pada masa itu. SBUB   tidak sanggup membelanjakan wang untuk memulihkan ekonomi Sabah. Hal ini menyebabkan    SBUB mengambil keputusan menyerahkan pentadbiran Sabah kepada kerajaan B

Faktor-faktor Kemunculan Nasionalisme pada abad ke-20

SEJARAH MALAYSIA STPM Soalan : Membincangkan Faktor-Faktor Kemunculan Nasionalisme Pada Abad Ke-20. Pendahuluan Nasionalisme bermaksud perasaan cinta akan bangsa dan Negara sendiri yang mendalam. Nasionalisme juga bermaksud pergerakan untuk mencapai kebebasan ekonomi dan politik daripada kuasa asing. Semangat nasionalisme ini wujud hasil daripada keinginan untuk menebus maruah bangsa dan Negara seterusnya membentuk masa depan sesebuah Negara dan bangsa. Pada tahun 1900 sehingga tahun 1941, terdapat beberapa faktor yang menyumbang kepada kemunculan semangat nasionalisme. Antaranya faktor agama, bahasa dan kesusasteraan, akhbar dan majalah, pengaruh pendidikan, pengaruh golongan intelektual dan pengaruh luar. A. Faktor agama Faktor agama memainkan peranan penting menyatukan orang melayu terutama pada peringkat awal kesadaran kebangsaan di tanah melayu. Golongan berpendidikan arab yag mendapat pendidikan dari Universiti Al-Azhar di Kaherah, Mesir memainkan peranan pentin