Posts

Showing posts from March, 2017

Sayangnya Anjing..

Image
Pada pagi ini, ketika dalam perjalanan ke kuliah di Fakulti Ekonomi dan Pengurusan, saya mendengar anak anjing menyalak tidak henti, seolah-olah minta pertolongan tetapi saya tidak menjumpainya di mana, saya cuba mencari di sekitar kawasan itu, tetapi tetap tidak melihat anjing tersebut. Saya pun teruskan langkah untuk pergi ke kuliah dan berfikir untuk mencarinya kemudian selepas waktu kuliah. Maka, saya singgah ke tempat tadi semasa perjalanan balik ke kolej dari kuliah, bunyi anjing menyalak sudah tidak ada, tetapi saya tetap ingin mencarinya, dengan fikiran mungkin anjing itu masih menunggu untuk diselamatkan. Maka, ketika saya melangkah longkang di sana, saya terkejut, rupanya ada pula beberapa ekor anjing di dalam longkang itu. aduhai.. hahah... rasa lega pula melihat anak-anak anjing itu bertiduran di dalam longkang ini. Mesti anjing-anjing itu sudah penat menyalak pagi tadi. Gemuknya anak-anak anjing ini, rasa girigitan sangat nak usap-usap anjing-anjing comel ini. Ket

BBOM Meeting

Image
Mesyuarat bersama barisan ajk induk BSMM yang diketuai oleh Ahmad Azwadie Azman (baju koporat kuning) sebagai ketua program Bantuan Bencana Operasi Menyelamat (BBOM) yang akan diadakan pada 12 hingga 14 Mei 2017 di Hutan Pendidikan Alam UKM. bersama sebahagian rakan kadet turut hadir mesyuarat pada malam ini. Kebanyakan kadet telah pernah mengikuti program BBOM pada sesi yang lepas termasuk diri saya. Oleh itu, untuk sesi tahun ini, bagi kadet yang belum mengambil kursus BBOM ini, mereka akan menjadi peserta, manakala bagi yang telah menjalani kursus ini, mereka akan menjadi urusetia BBOM. Semua kami telah diberi jawatan masing-masing, dan saya sendiri memegang jawatan sebagai pengarah program bagi kursus BBOM sesi tahun ini. Semoga kita dapat mengadakan program ini dengan jaya rakan-rakan sekalian.

AGM BSMM daerah UKM ke-30

Image
Sesungguhnya, pada hari ini, berlangsungnya Mesyuarat Agung Tahunan BSMM Daerah UKM dengan jaya. Hari ini juga merupakan hari yang mana saya menerima amanah dengan pelantikan Ketua Platun Kadet BSMM dengan sahnya. Majlis Mesyuarat Agung Tahunan atau AGM BSMM UKM ke-30 dimulakan dengan perbarisan para kadet yang diketuai oleh saya sendiri sebagai komanden untuk menyambut kedatangan seorang pegawai tinggi BSMM Negeri Selangor yang juga merupakan seorang berstatus Datuk. Bersama saya Encik Lim Kar Keng (kiri dua) Pengerusi Kemasyarakatan BSMM Daerah UKM yang juga merupakan jurulatih BSMM, Zuhaira Nasrin Mohamed Zin (kanan dua) dan Siti Bazilah Zulkefli (kanan) merupakan OC BSMM daerah UKM. Perbarisan ini juga telah dijalankan beberapa kali latihan dan raptai sebelum AGM ini. Para kadet juga mungkin ada yang keletihan kerana tidur lewat dan sibuk dengan kerja lain selepas balik dari latihan. Tetapi apa yang dapat dilihat ialah kesemuanya kami bersemangat dan cergas pada pag

Kempen Derma darah

Image
Ramai yang percaya menderma darah adalah amalan yang mulia; dapat menyelamatkan nyawa orang lain dan saya punya tidak terkecuali. Bagi saya, tidak kiralah apa sahaja sebab-sebab untuk menderma darah kepada yang memerlukan, ia tetap mempunyai pelbagai faedah. Antaranya, darah kita akan digantikan dengan sel-sel darah baru yang segar selepas menderma, dapat membantu menyeimbangkan tahap zat besi dalam badan, mengurangkan risiko kanser, dan mendapat pemeriksaan kesihatan percuma ketika proses menderma darah. Kebetulan ada kempen menderma yang diadakan di Kolej Ungku Omar UKM, saya juga tidak melepaskan peluang ini untuk menderma darah bersama beberapa orang rakan lain.

Best Friend Forever

Image
Yaa.. ini dia... kami bertiga lagi.. best friend forever... sedang tengah-tengah malam ini, kami bertiga kebosanan tiada kerja lain. ( sebenarnya stress banyak kerja) Kami didatangi jiwa menonton wayang. Haaa.. kebetulan wayang popular, "LOGAN" sedang hangat di pasaran, dan menjadi topik perbualan harian di laman sosial.. Maka begitu jugalah kami... teringin untuk menonton wayang popular ini. Waktu itu, saya menyampah nampak buku-buku di atas meja, lalu keluar bilik bersiar-siar di kawasan blok, kebetulan limpas bilik Leong, maka ketuklah pintu dan masuk berlepak. Waktu itu pukul 9:45 malam, dalam perbualan telah menyebut mengenai filem baru. Maka, jiwa menonton wayang itu menyentuh naluri untuk ke pawagam... barulah pada masa itu kami berdua merancang dan mengajak Kai Jian untuk menyertai rancangan hebat kami. Setelah semua bersetuju... maka tidak lama, diri kami sudah berada di IOI City mall... maka belilah tiket dan mengisi masa lapang yang ada p

Kajian Kes (Tugasan Kadet BSMM Daerah UKM)

Image
Rasa lega hari ini kerana telah menyiapkan lagi satu tugasan Kadet BSMM daerah UKM di mana Kadet di minta untuk membentangkan sebuah kajian kes yang diberi sebagai soalan untuk dijawab secara pembentangan dan video. Saya pada masa itu yang menyertai Seksyen A yang diketuai oleh Leong Zhen Ye telah bersama dengan ahli seksyen tersebut menjalankan sesi rakaman video dan melakonkan kes tersebut. Mangsa Kedua yang mengalami kemalangan kenderaan bersama mangsa ketiga. Ini merupakan mangsa pertama yang mana ia menaiki basikal dan mengalami kemalangan. Mangsa ketiga iaitu yang dilakonkan oleh saya sendiri yang mana mengalami kemalangan kenderaan.            Sebelum sesi rakaman tersebut, kami telah memulakan dengan perbincangan dan taklimat ringkas daripada Ketua Seksyen untuk memastikan peranan masing-masing dapat dibuat dengan baik. Dan ini, tibalah masanya di mana kami membentangkan hasil kerja kumpulan kami iaitu diadakan di bilik mesyuarat Pusat Kesih

Lepak Lepas Posmoterm PAP23rd

Image
Sangat seronok dapat berlepak dengan kawan-kawan semua... sebenarnya kami berlepak sejak petang semalam sehingga subuh... seperti yang dilihat dalam gambar kami ada hiburan ( happy hour) yang tersendiri, dan tempat itu merupakan ruang tamu di rumah kawan di Kajang. Pada malam itu, kami bermula dengan minuman sambil bermain kad Texas Poker. kemudian kami bercerita dan melepaskan pelbagai perasaan yang tersimpan dalam hati seperti ketidak puashatian, tersinggung, kecewa, sedih, marah dan berbagai-bagai lagi topik termasuklah topik yang lawak... eyaa... kami amat terhibur, kerana di suasana yang rasa bebas dan lega... kami mampu mendengar pelbagai suara hati dari kawan-kawan, mendengar kisah mereka, dan mendengar pendapat atau pandangan mereka. Dengan cara in, saya rasa ia amat berkesan untuk membina jambatan keeratan antara hati ke hati kami masing-masing... melalui sesi yang begini juga saya mampu mengenali seseorang kawan itu lebih dekat dan memahami gaya dan sikap mereka, ini am

Santapan Coconut Shake

Image
Santapan coconut shake,  minum petang bersama 3 rakan sekursus saya, Joyce Wong (kiri) dan Kai Jian (kanan) yang mana juga merupakan rakan sebilik penginapan. Setelah tamat waktu kuliah pada hari ini, kami bertiga menaiki kereta kancil warna merun yang dibelakang itu ke stesen minyak untuk mengisi minyak kereta. Semasa perjalanan pulang ke Kolej dari luar UKM, kebetulan kami melihat sebuah restoran yang memaparkan iklan minuman Coconut Shake  di luar restoran, menjadi tarikan kami untuk singgah ke restoran tersebut untuk menikmati rasa coconut shake di restoran itu. Sudah tentu ramai yang sudah pernah merasai coconut shake  di pelbagai tempat yang berlainan. Sebab itu juga, kami teringin untuk merasai coconut shake di sebuah restoran yang terletak kira-kira 2 km dari UKM di Jalan Reko, Kajang. Memang sangat sedap rasanya ditambahkan lagi cuaca panas pada hari ini. Di samping menikmati minuman itu, kami bertiga juga lancar berborak dan saling berketawaan ketika perbualan yang lucu da

Kejutan ketika Lawatan Bilik

Image
Suatu kejutan bagi pengetua kolej kami, Kolej Tun Hussein Onn ketika lawatan ke blok penginapan di bilik kami. Seperti yang ditetapkan, tuan pengetua akan melawat di setiap blok bagi memantau suasana penginapan keadaan mahasiswa di kolej ini di mana hari merupakan giliran bagi blok penginapan kami. Pengetua merasa terkejut apabila membuka pintu bilik kami yang mana bilik penginapan saya dan rakan Liew Kai Jian dan tertanya-tanya dengan barang-barang yang ada di dalam bilik kami. Inilah barang-barang yang dimaksudkan iaitu hamper-hamper tajaan yang mana baki daripada acara majlis Pesta Ang Pow UKM ke-23. Keseluruhan hamper ini termasuk yang telah digunakan berjumlah 15 besar dan 15 kecil, yang mana kesemuanya ditaja oleh HAMPER2U. Walau bagaimanapun, hamper ini yang sepatutnya diberikan ketika cabutan bertuah semasa majlis tersebut telah dibatalkan atas sebab kesuntukkan masa yang berlaku. Walau bagaimanapun, hamper ini akan diagihkan kepada acara lain oleh persatuan-persatu

PAP 23rd End

Image
Sesungguhnya, Majlis Makan Besar Pesta Ang Pow UKM ke-23 telah berlangsung dengan jaya. Pesta Ang Pow UKM ke-23 yang bertemakan Warisan Budaya atau disebut Ji Cheng (继承) dalam bahasa cina telah mengadakan Majlis Makan Besar yang dihadiri seramai ribuan orang termasuk masyarakat luar dan mahasiswa universiti luar di Dewan Canselor Tun Abdul Razak (DECTAR) UKM. Barisan kami iaitu barisan Exco yang terdiri daripada mahasiswa tahun satu dan tahun dua disertai para ajk yang keseluruhannya berjumlah 120 orang berjaya menganjurkan majlis besar ini. Suasan Majlis Makan Besar Pesta Ang Pow UKM ke-23 Sekali lagi saya bersama rakan sekumpulan saya, Leong Zhen Ye iaitu kumpulan penajaan dan cenderamata. Dia merupakan rakan seperjuangan saya selama penyediaan majlis ini. Antara peranan yang kami mainkan adalah seperti mencari penajaan melalui lama sesawang, secara talian, secara bersemuka dan menyediakan cenderamata untuk setiap program atau acara yang Skreteriat Pesta Ang Pow UK

Kerja Sponsorship

Image
Hari ini saya bersama rakan saya Leong Zhen Ye sibuk mengumpulkan barang-barang tajaan seperti hamper, sijil bersertakan frame dan cenderamata untuk Majlis Makan Besar Pesta Ang Pow UKM ke-23. Rubuan terima kasih kepada para penaja atas sokongan yang begitu tinggi terhadap program kebudayaan Cina yang bakal berlangsung pada hari esok iaitu bersamaan 5/03/2017 pada hari Jumaat. Antara tempat yang kami pergi adalah Ampang, Bandar Baru Bangi, Kajang, dan Seremban. Sememangnya rasa letih sepanjang pergerakan hari ini, tetapi apabila mengingatkan acara majlis besar yang bakal berlangsung hari esok, keletihan itu hilang... kerana apa yang boleh menggembirakan ialah selepas saja hari esok berlalu, kami bebas daripada kesibukan, tekanan, keletihan, kekecewaan, dan bermacam-macam lagi perasaan negatif yang kami bertahan selama ini. Mungkin semasa acara berlangsung, dan semasa acara penutupan majlis tersebut, kesemua para hadirin mahupun penonton melihat kejayaan kami, menyaksikan kehebatan kam