Sayangnya Anjing..
Pada pagi ini, ketika dalam perjalanan ke kuliah di Fakulti Ekonomi dan Pengurusan, saya mendengar anak anjing menyalak tidak henti, seolah-olah minta pertolongan tetapi saya tidak menjumpainya di mana, saya cuba mencari di sekitar kawasan itu, tetapi tetap tidak melihat anjing tersebut. Saya pun teruskan langkah untuk pergi ke kuliah dan berfikir untuk mencarinya kemudian selepas waktu kuliah. Maka, saya singgah ke tempat tadi semasa perjalanan balik ke kolej dari kuliah, bunyi anjing menyalak sudah tidak ada, tetapi saya tetap ingin mencarinya, dengan fikiran mungkin anjing itu masih menunggu untuk diselamatkan. Maka, ketika saya melangkah longkang di sana, saya terkejut, rupanya ada pula beberapa ekor anjing di dalam longkang itu.
aduhai.. hahah... rasa lega pula melihat anak-anak anjing itu bertiduran di dalam longkang ini. Mesti anjing-anjing itu sudah penat menyalak pagi tadi. Gemuknya anak-anak anjing ini, rasa girigitan sangat nak usap-usap anjing-anjing comel ini. Ketika saya mengambil gambar, seekor anak anjing berwarna perang itu melihat saya dengan lama... lihatlah riak muka anjing itu memandang, rasa kesian betul... kalaulah mereka ini berada di kampung saya Sabah, sudah tentu saya akan memeliharakan anjing-anjing ini...
Bagi saya setiap orang pun mungkin ada binatang kesukaan mereka dan memeliharakannya, dan sudah tentu anjing tidak bertuankan masyarakat kaum Melayu, tetapi kucing kebanyakannya menjadi binatang peliharaan masyarakat kaum Melayu. Tidak terkecuali bagi saya, anjing merupaka salah sejenis binatang yang saya sangat suka dan sayang. Boleh dikatakan saya hidup berbesar bersama banyak anjing peliharaan, pengetahuan tentang gaya-gaya anjing ini pun tidaklah kurang. Apa-apa pun, sangat berharap anjing-anjing ini mendapat tuan yang baik dan pindah dari sini... kerana sini merupakan universiti awam, adalah kurang disokong bagi keberadaan anjing berkeliaran di kawasan universiti ini.
Comments
Post a Comment