PAP 23rd End

Sesungguhnya, Majlis Makan Besar Pesta Ang Pow UKM ke-23 telah berlangsung dengan jaya. Pesta Ang Pow UKM ke-23 yang bertemakan Warisan Budaya atau disebut Ji Cheng (继承)dalam bahasa cina telah mengadakan Majlis Makan Besar yang dihadiri seramai ribuan orang termasuk masyarakat luar dan mahasiswa universiti luar di Dewan Canselor Tun Abdul Razak (DECTAR) UKM. Barisan kami iaitu barisan Exco yang terdiri daripada mahasiswa tahun satu dan tahun dua disertai para ajk yang keseluruhannya berjumlah 120 orang berjaya menganjurkan majlis besar ini.

Suasan Majlis Makan Besar Pesta Ang Pow UKM ke-23

Sekali lagi saya bersama rakan sekumpulan saya, Leong Zhen Ye iaitu kumpulan penajaan dan cenderamata. Dia merupakan rakan seperjuangan saya selama penyediaan majlis ini. Antara peranan yang kami mainkan adalah seperti mencari penajaan melalui lama sesawang, secara talian, secara bersemuka dan menyediakan cenderamata untuk setiap program atau acara yang Skreteriat Pesta Ang Pow UKM ke-23 anjurkan. Selama bekerjasama dengannya, saya dapat mengenalinya dengan lebih dekat dan menemui banyak persamaan antara kami dua seperti makanan yang diminati, cara pemikiran, dan cara menyelesaikan masalah. Sememangnya kami ini boleh dikatakan saling melengkapi ketika berhadapan dengan pelbagai masalah. Terima Kasih Leong... dapat bekerjasama dengan awak, merupakan kebanggaan saya, kisah pahit manis yang kita lalui akan menjadi kenangan yang saya selalui rindui. Cheers...










Comments

Popular posts from this blog

Faktor-faktor Kemunculan Nasionalisme pada abad ke-20

Konsep, Hierarki dan Pembesar

Bentuk Pemerintahan Persekutuan, Raja Berperlembagaan dan Demokrasi Berparlimen