Kempen Derma darah

Ramai yang percaya menderma darah adalah amalan yang mulia; dapat menyelamatkan nyawa orang lain dan saya punya tidak terkecuali. Bagi saya, tidak kiralah apa sahaja sebab-sebab untuk menderma darah kepada yang memerlukan, ia tetap mempunyai pelbagai faedah. Antaranya, darah kita akan digantikan dengan sel-sel darah baru yang segar selepas menderma, dapat membantu menyeimbangkan tahap zat besi dalam badan, mengurangkan risiko kanser, dan mendapat pemeriksaan kesihatan percuma ketika proses menderma darah. Kebetulan ada kempen menderma yang diadakan di Kolej Ungku Omar UKM, saya juga tidak melepaskan peluang ini untuk menderma darah bersama beberapa orang rakan lain.






Comments

Popular posts from this blog

Faktor-faktor Kemunculan Nasionalisme pada abad ke-20

Konsep, Hierarki dan Pembesar

Bentuk Pemerintahan Persekutuan, Raja Berperlembagaan dan Demokrasi Berparlimen