Chatolic Student Society (CSS) Annual Camp



Bersama rakan-rakan saya, kami berjaya mengadakan kem tahunan ini bagi Persatuan Pelajar Katolik. Hari ini merupakan hari teakhir kem ini berjalan. Semuanya lancar sahaja. Terima kasih kepada Ketua Program kami iaitu, Vincent, yang mana banyak mengeluarkan masa dan tenaga untuk memastikan kem ini dapat diadakan dengan lancar, walaupun saya hanya memegang jawatan yang kecil dalam komuti penganjuran kem ini, tetapi saya benar-benar kurang memberi komitmen di setiap mesyuarat yang diadakan sebelum ini atas kesibukkan saya yang betul-betul tidak dapat dielakkan.


Walau bagaimanapun, saya benar-benar berasa kerana kamu semua menjalankan tugas dari awal persiapan sehinggs hari kejadian ini tidak berlaku pergolakkan atau pertengkaran. Ini merupakan suatu contoh yang sudah pasti mendapat pujian. Mengapa saya mengatakan begitu, kerana saya selama proses persiapan ini, saya sudah bersedia untuk dimarahi kerana dengan komitmen saya yang kurang dalam kerjasama persiapan kem tahunan ini. Namun, sehingga ke penghujung kem ini, belum ada seorang yang menegur saya atau menyoalkan tentang kegagalan saya memberi komitmen yang baik dalam penganjuran kem ini. Ini benar-benar buat saya rasa terharuh dan berasa kagum dengan Ketua Program dan Timbalan Ketua Program, Amanda... yang mana mereka masih melayani saya mesra seperti biasa. Walaupun begitu, saya tetap mengaku dan berasa bersalah atas sumbangan yang kurang memuaskan daripada saya. Ini membuat saya lebih hormat dengan kamu atas sikap yang kami tunjukkan, menjadi suatu yang saya boleh ikuti dan pelajari.


Kem ini tidaklah mega ke mana, tetapi ia sangat berharga dalam jiwa raga. Kem ini diadakan bertujuan agar kami anak-anak Katolik boleh meningkatkan lagi ilmu tentang agama dan kerohanian lebih mendalam lagi. Dalam kem ini juga menambahkan lagi semangat kami untuk mengamalkan nilai-nilai murni yang membawa keharmonian dalam masyarakat dan negara ini. Ia bukan setakat menambahkan ilmu pengetahuan kami dalam konteks gereja, tetapi lebih-lebih lagi ia meninggalkan kesan yang mendalam diantara kami semua dalam mengeratkan hubungan baik antara satu sama lain. Dari kem ini juga, kami dapat mengenali kawan-kawan lain dengan lebih dekat dan mendalam, dari kem ini juga kami mampu memberanikan diri untuk meluahkan sesuatu yang terpendam dalam hati kami, dari kem ini, kami belajar untuk menjadi sebuah keluarga yang mana saling mengasihi antara satu sama lain, saling memberi semangat, dan saling menasihati dalam menghadapi apa-apa cabaran dalm kehidupan ini. Kem ini benar-benar meninggalkan kenangan yang sungguh menonjol dalam ingatan saya, kerana bersama dengan mereka semua, saya rasa bersama keluarga saya. Begitulah saya melayani mereka, seperti kelaurga saya yang saya amat kasihi. I Love CSS UKM.

Comments

Popular posts from this blog

Faktor-faktor Kemunculan Nasionalisme pada abad ke-20

Konsep, Hierarki dan Pembesar

Bentuk Pemerintahan Persekutuan, Raja Berperlembagaan dan Demokrasi Berparlimen