Kenangan Selamanya

Kiri: Koh Kuan Wei (FELO), Brian Chong, Lau Chen Yin, dan saya
Seronok betul dapat makan bersama senior-senior saya hari ni. Dan yang paling Best pula kami masak sendiri pada petang ini untuk makan malam kami. Sebenarnya saya memang teringin sangat nak masak kerana sudah kian lama saya tidak sentuh barang-barang dapur setelah pindah ke Semenanjung untuk sambung pelajaran saya. Kebetulan ada satu hari yang lalu, saya datang lepak di bilik felo (orang yang berbaju oren) paling best di KTHO, Koh Kuan Wei. Saya melihat ada ruang dapur dan saya terus bertanya sama ada dia memang selalu masak di sini. Katanya ia. Jawapan dia menarik perhatian saya lalu saya terus merancang masa bila dapat memasak dan makan di sini, kerana saya sangat rindu masakan rumah yang mana buat saya merindui keluarga saya. Maka adalah peluang hari ini, setelah meminta kebenaran dari felo saya, maka saya pun keluar ke pasar untuk membeli sedikit bahan seperti ayam, sayur, dan sedikit ramuan. Setelah itu, waktu petang dah tiba, saya pun bawalah barang-barang masakan saya ke bilik felo untuk siap di masak. Felo saya pun sangat aktif, dia turut membantu dan sama-sama menyiapkan bahan masakan sebelum dimasak. Lauk hidangan kami pada petang itu adalah ayam masak kicap dengan cendawan, dan sayur campur sahaja. Kami terus menjemput senior-senior lain yang ada di kolej untuk turun makan bersama. Kami juga dapat menyediakan sebahagian lauk ke dalam bekal untuk menjemput senior-senior perempuan makan di ruang tamu atas foyer KTHO. Suasana memang sangat seronok dan mengisah kenangan yang amat berharga bagi saya. Semua mereka saya menganggapkan adalah keluarga saya. Mereka sahaja prihatin tetapi juga sangat baik dari segi tutur bahasa dan cara berkomunikasi. Perasaan semasa bersembang mereka memang sangat menyenangkan.

Kiri: Kuan Wei, Cheng Yin, Shireen, Brian, dan saya
Manakah disangka, setelah makan malam itu, tiba-tiba kami menyebut tentang wayang terbaru Beauty And The Beast, lalu terus merancang untuk pergi pada malam itu, pada permulaan kami rancangan itu macam kurang sambutan, tapi lama-kelamaan tidak tau bagaimana semua pun ok saja, mungkin terfikir terlalu lewat dan kos yang tinggi menyebabkan kami rasa terbeban sedikit untuk pergi tengok wayang. Maka kami pun pergilah bersama 5 orang senior seperti dalam gambar di atas dan seorang kawan saya, Tan Jia Qi. Apa yang saya teringat iailah kereta yang kami duduki hanyalah kancil, bayangkanlah bagaimana 7 orang kami berhimpitan dalam kereta sampai ke IOI City Mall. Waktu itu lebih kurang pukul 11 lebih tengah malam. Setelah habis kami menonton wayang, ada lagi pula yang menyebut tentang menu keluaran baru McD, Ayam Goreng McD. Kebetulan lagi kami semua terasa lapar, apa lagi, rancangan seterusnya muncul lagi di perbualan kami iaitu pergi Supper di McD. Tetapi Jia Qi ingin balik kolej kerana dia ada aktiviti pada keesokan harinya, maka kami pun singgahlah ke UKM bagi Jia Qi untuk balik ke kolj mendapatkan rehat lebih awal. Setelah itu, McD pun memanggil kami dari jauh di Kajang. Seperti yang dapat di lihat dalam gambar di atas kami semua memesan Ayam Goreng McD... Waktu itu lebih kurang pukul 3:30 a.m.. Setelah itu, kami pun baliklah ke UKM, dan masing-masing balik ke bilik untuk rehat, saya pula pada masa tidur di bilik FELO Kuan Wei kerana saya perlu bangun awal pada pukul 7 pagi untuk bertolak ke KLIA2, oleh sebab saya minta hantar Brian dan biliknya berdekatan dengan bilik Kuan Wei, maka saya tidur di bilik Kuan Wei supaya lebih mudah untuk pergerakan nanti ke KLIA2. Persoalannya, mengapa saya tidak terus tidur di bilik Brian? haha.. sebab saya rasa BEST kalau tidur di sebelah FELO dan orangnya pun sangat baik, dan yang paling penting ialah ruang biliknya lebih besarrr... itulah sebabnya.. ahaha.. Walau bagaimanapun, hari tersebut memang buat saya sukar untuk dilupai dan saya berasa sangat seronok dapat bersama mereka, dengan itu, sekali lagi wajah-wajah mereka mengukir kenangan dalam ingatan saya. I Love You All seniors...

Comments

Popular posts from this blog

Faktor-faktor Kemunculan Nasionalisme pada abad ke-20

Konsep, Hierarki dan Pembesar

Bentuk Pemerintahan Persekutuan, Raja Berperlembagaan dan Demokrasi Berparlimen