Majlis Sambutan 30 Tahun dan Malam Penghargaan BSMM Daerah UKM



Sungguh tidak sangka boleh pula saya menjadi "Raja Of The Night" pada malam ini. Walaupun hanya berpakaian tradisional saya dari Sabah, mungkin ini menjadi keunikan diantara ramai orang yang berpakaian baju Melayu. Tetapi apa-apa pun saya sangat suka semua jenis pakaian tradisioanal yang ada di Malaysia, tidak kira kaum atau bangsa, pakaian tradisional mereka semua sangat luar biasa dan bermakna.

Kiri : Ole, Claudya, dan saya


Ini adalah di mana saya bersama-sama rakan-rakan senegeri dan negeri jiran berpakaian yang benar-benar menunjukkan identiti kita. (walaupun sebenarnya saya bukan memakai pakaian tradisional bangsa saya)

Kiri : Brian, saya, San2, Tina, Cynthea, Ole, dan Alvin

Dan ini juga, saya bergambar bersama sebahagian kawan-kawan dalam Persatuan Chatolic Student Society (CSS)


Malam ini merupakan Majlis Sambutan 30 Tahun & Malam Penghargaan Bulan Sabit Merah Malaysia Daerah Universiti Kebangsaan Malaysia. Rupanya malam ini barulah dapat tahu pelbagai anugerah dan sijil penghargaan yang ditawarkan kepada semua ahli Bulan Sabit Merah Malaysia Daerah UKM. Selama ini saya ingatkan, apa yang kami bertungkus-lumus dan bersuha menjalankan tanggungjawab sebagai ahli yang aktif dalam kesukarelawan BSMM ini hanyalah suka dan rela, dan tidak mendapat apa-apa penghargaan atau hadiah atas semangat dan kesungguhan yang diberikan dalam badan unit uniform ini. Rupanya, pihak induk memang sangat prihatin terhadap ahli-ahli BSMM ini dalam usaha memberi kerjasama menjalankan tugas kepada mana-mana pihak yang memerlukan bantuan. Namun, majlis malam ini pada mulanya menjadi malam yang agak kecewa juga bagi saya kerana saya juga menanti-nantikan kalau nama saya disebut untuk naik ke atas pentas menerima apa-apa anugerah atau penghargaan. Disebabkan saya melihat rakan-rakan sepasukan saya ada yang mendapat pelbagai anugerah. Tetapi, langsung tidak ada. Memang berlaku ketidak puas hatian tentang keputusan penama mendapat anugerah sukarelawan yang paling aktif di mana anugerah ini diberi kepada ahli BSMM yang menjalankan tugas paling banyak dalam kiraan unit jam masa kerana saya dan beberapa rakan lain sangat jelas dan nyata tentang penerima anugerah tersebut tidak pun banyak melihatnya menjalankan tugas sepanjang semester lepas. Apabila saya menanya tentang hal tersebut dengan lebih lanjut, rupanya mengetahui bahawa buku log detachment kami tidak menghantar kepada pihak induk untuk disemak bagi penilaian calon anugerah tersebut. Buku log merupakan buku catatan yang wajib dicatatkan oleh ahli BSMM Daerah UKM ketika menjalankan apa-apa jenis tugasan. Dalam buku log itu juga tercatat tentang jam masa yang dikira sebagai unit masa menjalankan tugas. Namun, memang agak kecewa apabila mengetahui pihak jawatankuasa Detachment kami tidak menjalankan tugas mengumpulkan buku log kami untuk dihantar kepada pihak induk BSMM Daerah UKM. Tapi di sini bagi pandangan saya, kalaulah benar pihak induk ingin menghargai jasa-jasa kami, sekiranya mendapati bahawa ada detachment yang belum menghantar buku log, sepatutnya dia boleh terus melapor kepada komandan untuk menyuruh orang lain mengambil alih tanggungjawab tersebut untuk mengumpulkan buku log anak buah dalam detachment, bukannya terlalu mengikut prosedur yang mana sekiranya orang yang bertanggungjawab tidak menjalankan tugas, maka semua menuding jari menyalahkan satu pihak. Tetapi haruslah ingat bahawa kita ini manusia lagi-lagi menjadi ahli Bulan Sabit Merah Malaysia, bukan terdapat pelbagai prinsip yang terbina dalam diri kita untuk bersatu padu. Apa yang saya pertikaikan sangat ialah anugerah tersebut adalah untuk diberikan kepada yang dinilai, bukannya anugerah ini diberi dengan menilai betapa mematuhi prosedur. Sebagai penganjur, bukan melihat sesuatu ini lebih holistik atau menyeluruh, kesianlah dengan ahli yang benar-benar layak mendapat anugerah tersebut tetapi dengan hanya pihak jawatankuasa detachment tersebut tidak menjalankan tugas, maka anak buah semuanya menerima kesan itu.

Comments

Popular posts from this blog

Faktor-faktor Kemunculan Nasionalisme pada abad ke-20

Konsep, Hierarki dan Pembesar

Bentuk Pemerintahan Persekutuan, Raja Berperlembagaan dan Demokrasi Berparlimen