Makan Malam (Malam Penghargaan Bersama Financial Department Of PAPUKM 23rd)


Sesungguhnya, malam ini kami mengadakan makan malam penghargaan bagi pejabat kewangan (financial deparment)Sekreteriat Pesta Ang Pow Universiti Kebangasaan Malaysia ke-23. Seperti yang dilihat dalam gambar saya dan Leong merupakan Exco Penajaan dalam pejabat kewangan kepada Sekreteriat Pesta Ang Pow Universiti Kebangsaan Malaysia ke-23 (PAPUKM ke-23). Makan malam ini diadakan bagi menghargai kerjasama yang telah kami hulurkan bersama sewaktu menjayakan pelbagai majlis dan acara di dalam dan di luar kampus Universiti Kebangsaan Malaysia ke-23 ini. Makan malam ini bukanlah sebuah majlis tetapi kami membuatnya di C180, sebuah restoran ala-ala Korean. Kalau diimbas kembali, sepanjang kami menjadi Exco Sekreteriat PAP ini, dari mula hingga ke akhir, dari proses penyediaan, ke proses pelaksanaan, hingga ke proses penutupan, memang ia mengukir ingatan kami sedalam-dalamnya, di mana pelbagai kesusahan, keletihan, dan tekanan yang kami lalui. Berapa banyak masa yang kami habis untuk semua acara dan majlis yang dianjurkan oleh Sekreteriat Pesta Ang Pow ke-23, berapa banyak kekecewaan dan perasaan yang kami pendam dan menahan, semuanya hanyalah untuk menjayakan pelbagai acara dan majlis itu. Apa harapan kami dari permulaan, bukanlah semua dicapai, tetapi bagi saya lebih banyak kenangan pahit yang saya perolehi. Walaupun begitu, kenangan pahit itu telah menggantikan pengalaman yang saya tidak membelinya dengan wang. Maka ia tetap berharga bagi saya. Apa-apa pun, itu semua sudah berakhir... Ia sudah berakhir... Terima kasih kepada semua rakan-rakan sepasukan, yang pernah memberi kerjasama dan bantuan kepada saya semasa saya memerlukan... Saya tidak akan pernah melupakannya walaupun kamu telah melupakannya... Ia tetap banyak kenangan manis diantara kita... selamat maju jaya semua... I Love PAP 23rd!

Comments

Popular posts from this blog

Faktor-faktor Kemunculan Nasionalisme pada abad ke-20

Konsep, Hierarki dan Pembesar

Bentuk Pemerintahan Persekutuan, Raja Berperlembagaan dan Demokrasi Berparlimen