Kiri : Andrew, Ryan (Senior), Leong, dan saya |
Setelah kami berenang di kolam air selama sekitar 30 minit, kebetulan kami terserempak lagi dengan senior kolej kami yang juga datang ke untuk berenang. Maka itulah kami berempat dalam gambar. Kami berenang sehingga pukul 7 petang iaitu, selama 2 jam lebih dari sekitar pukul 5 petang kami sampai. Sepanjang masa berenang itu, Andrew juga sangat murah hati mengajar saya dan Leong untuk berenang dengan cara yang betul. Dia memang sangat berpengalaman dan katanya sudah lebih dari 5 tahun dia pandai berenang dengan mengikuti kelab renang yang dipimpin oleh jurulatih. Sepanjang masa itu juga, kami bersembang dan saya banyak bertanyakan tentang kehidupan Andrew sebelum ini, dan dari respond dia saya tambah lebih mengenali dia lagi. Menurut cerita tentang kehidupan dia juga, saya pelajari sesuatu yang mana saya tidak pernah terfikir tentang kehidupan ini sungguh berbagai.
Comments
Post a Comment