Posts

Showing posts from May, 2017

Tiong Hua KTHO Steamboat Dinner di Restoran Hai Tang

Image
Bersama mereka memang sudah menjadi kerinduan saya, kerana merekalah juga yang boleh membuat saya rasa seperti di dalam sebuah keluarga. Malam tadi, kami adakan lagi Steamboat dinner bersama semua warga Tiong Hua KTHO, juga pada malam tadi, diadakan upacara perlantikan jawatankuasa Persatuan Tiong Hua KTHO baru bagi sesi hadapan. Sepanjang masa kami makan, sepanjang masa kami bercerita... yang senyum ada, yang ketawa ada... suasana benar-benar meriah seperti sebuah keluarga yang ceria. Pelbagai pilihan jenis makanan yang ada, boleh dalam bentuk panggang atau bakar, juga ada dalam bentuk masak dalam sup. Banyak jenis makanan laut yang ada, dan jua minuman, serta aiskrim. Makan di sini memang memuaskan, kerana kepelbagaian itu boleh memenuhi semua selera yang berlainan di antara kami. Inilah gambar di mana semua yang hadir bergambar bersama. Memang ramai lagi yang tidak hadir, tetapi suasana tetap meriah dan terhibur. Ini pula gambar kami semua pelajar tahun satu

Tiong Hua KTHO Steamboat Dinner

Image
Seronok sangat apabila berkumpul dengan mereka semua, benar-benar buat saya rasa suasana sebuah keluarga. Malam ini, Persatuan Tiong Hua KTHO mengadakan steamboat dinner di atas foyer Kolej Tun Hussein Onn. Dikatakan steamboat dinner ini adalah disediakan oleh semua pelajar tahun satu dalam persatuan Tiong Hua KTHO. Nampaknya semua mereka sangat aktif menyediakannya. Terima kasih kepada Kai Jian kerana telah mengeluarkan masa dan tenaga membawa mereka untuk pergi membeli bahan-bahan masakan steamboat. Inilah kami yang hadir pada malam ini, di mana kami semua berkumpul bersama senior tahun dua dan tahun tiga serta felo kami yang mengambil kursus sejarah peringkat Master. Sepanjang waktu kami menjamu selera, kami semua saling bercerita, bersembang, bergambar, dan bertanya khabar. Memang inilah apa yang akan berlaku ketika kami berkumpul. Walaupun bilangan kami sedikit, tetapi keeratan kami yang paling kuat. Ini juga salah satunya aktiviti kami selepas habis makan, kami

Majlis Pertauliahan dan Pembacaan Ikrar Bulan Sabit Merah Malaysia Dareha UKM

Image
  Syukur... Maka dengan ini secara rasminya, saya sudah menjadi Ketua Platun Kadet Bulan Sabit Merah Malaysia Daerah Universiti Kebangsaan Malaysia yang bertauliah. Semoga saya dapat menghabiskan semua persijilan dengan lancar agar dapat menjadi jurulatih BSMM yang bertauliah. Pertauliahan ini sememangnya merupakan suatu penghargaan bagi saya. Saya amat berterima kasih kepada semua ahli kadet lain yang menyokong saya selama ini. Terima kasih atas kepercayaan yang kamu berikan kepada saya. Saya juga tidak akan menghampakan kamu semua di mana kita akan menjadi barisan utama BSMM Daerah UKM yang lebih menonjol dan berkualiti. Pertauliahan ini walaupun terdapat sedikit kesilpan, namun ia memberi pengalaman yang bernilai bagi saya, ini disebabkan pertauliahan ini hanya pernah menjalankan dua kali latihan singkat dan terus dijalankan pada hari ini. Memang latihan itu sangat-sangat tidak cukup, tetapi apa-apa pun, ianya tetap berjalan lancar.

Kejadian Ngeri di Fakulti Ekonomi dan Pengurusan UKM

Image
Pada Petang ini ketika kami sedang menjalankan ujian bagi kursus Academic Communication di Fakulti Ekonomi dan Pengurusan (FEP) UKM, terjadinya kemalangan di mana terdapat seorang pekerja asing yang sedang menjalankan kerja dalam pembinaan di ruang tengah bangunan FEP jatuh terhempap ke lantai. Pekerja asing itu dipercayai jatuh dari tingkat 4 di FEP lalu terhentak lagi dengan rangka-rangka besi bumbung di tingkat 2 seperti yang dapat dilihat dalam gambar lalu jatuh lagi terus ke lantai. Kejadian itu berlaku pada pukul 2.43pm kerana pada masa itu kami sentiasa melihat masa untuk memastikan kami dapat menyiapkan soalan ujian dengan masa yang diperuntukan. Kami dalam kelas semasa itu terdengar bunyi hentakan kuat yang terus menarik perhatian semua orang menoleh ke arah luar tingkap, melihat seorang terbaring di lantai dengan berlumuran darah mengalir. Saya pada masa itu mengambil masa beberapa saat untuk memerhatikan keadaan itu dengan lebih jelas lalu menoleh lagi perhatian ke