Tiong Hua KTHO Steamboat Dinner di Restoran Hai Tang



Bersama mereka memang sudah menjadi kerinduan saya, kerana merekalah juga yang boleh membuat saya rasa seperti di dalam sebuah keluarga. Malam tadi, kami adakan lagi Steamboat dinner bersama semua warga Tiong Hua KTHO, juga pada malam tadi, diadakan upacara perlantikan jawatankuasa Persatuan Tiong Hua KTHO baru bagi sesi hadapan. Sepanjang masa kami makan, sepanjang masa kami bercerita... yang senyum ada, yang ketawa ada... suasana benar-benar meriah seperti sebuah keluarga yang ceria.


Pelbagai pilihan jenis makanan yang ada, boleh dalam bentuk panggang atau bakar, juga ada dalam bentuk masak dalam sup. Banyak jenis makanan laut yang ada, dan jua minuman, serta aiskrim. Makan di sini memang memuaskan, kerana kepelbagaian itu boleh memenuhi semua selera yang berlainan di antara kami.

Inilah gambar di mana semua yang hadir bergambar bersama. Memang ramai lagi yang tidak hadir, tetapi suasana tetap meriah dan terhibur.


Ini pula gambar kami semua pelajar tahun satu Tiong Hua KTHO yang hadir pada malam tadi.


Dan ini bersama direct saya Lee Qiu Hong, walaupun jarang dapat bersembang dengan dia, tetapi hubungan kami tetap baik. Dia memang seorang yang aktif, gigih, dan rajin. Apa yang saya dapat lihat dia di mana dia mengikuti pelbagai kelab dan persatuan di dalam kampus UKM, dia juga aktif sebagai ejen Mary Kay yagn menjual pelbagai produk kecantikan... apa yang saya kagum dengan dia ialah di man dia benar-benar seorang perempuan yang rajin dan mempunyai kesungguhan yang tinggi. Seperti yang saya katakan, walaupun jarang dapat bersembang dengan dia, apabila berjumpa, dia tetap aktif bersembang bersama kami semua. Saya sangat bangga mempunyai direct seperti dia, saya harap sistem direct senior-junior ini mengeratkan hubungan silatu rahim kami kekal sepanjang masa dan berharapa agar dapat mempelajari lebih banyak perkara lagi daripada dia. All The Best To You Qiu Hong !

Comments

Popular posts from this blog

Faktor-faktor Kemunculan Nasionalisme pada abad ke-20

Konsep, Hierarki dan Pembesar

Bentuk Pemerintahan Persekutuan, Raja Berperlembagaan dan Demokrasi Berparlimen