Kejadian Ngeri di Fakulti Ekonomi dan Pengurusan UKM






Pada Petang ini ketika kami sedang menjalankan ujian bagi kursus Academic Communication di Fakulti Ekonomi dan Pengurusan (FEP) UKM, terjadinya kemalangan di mana terdapat seorang pekerja asing yang sedang menjalankan kerja dalam pembinaan di ruang tengah bangunan FEP jatuh terhempap ke lantai. Pekerja asing itu dipercayai jatuh dari tingkat 4 di FEP lalu terhentak lagi dengan rangka-rangka besi bumbung di tingkat 2 seperti yang dapat dilihat dalam gambar lalu jatuh lagi terus ke lantai. Kejadian itu berlaku pada pukul 2.43pm kerana pada masa itu kami sentiasa melihat masa untuk memastikan kami dapat menyiapkan soalan ujian dengan masa yang diperuntukan.

Kami dalam kelas semasa itu terdengar bunyi hentakan kuat yang terus menarik perhatian semua orang menoleh ke arah luar tingkap, melihat seorang terbaring di lantai dengan berlumuran darah mengalir. Saya pada masa itu mengambil masa beberapa saat untuk memerhatikan keadaan itu dengan lebih jelas lalu menoleh lagi perhatian ke arah kertas ujian di atas meja saya itu, kerana saya perlu buat keputusan sama ada memilih untuk keluar menyelamat atau meneruskan sesi menjawab ujian. Saya tidak berfikir panjang lagi dengan anggapan saya tidak akan keluar lama dan akan sempat menjawab semua soalan dengan masa yang diperuntukkan. Lalu saya mengambi kain andu dari beg saya dan meminta kebenaran Pensyarah untuk keluar membantu.

Apabila sampai di tempat kejadian, saya mengambil langkah dengan mengenalpasti agar ada orang yang sudah membuat panggilan ambulan UKM dan terus mendekati mangsa yang sedang dijaga oleh kawan mangsa. Saya melipatkan kain andu menjadi alat penebat untuk memberi tekanan langsung di bahagian kepala untuk menghentikan darah mengalir keluar daripada luka terbuka itu, tetapi luka terlalu besar lalu saya meminta kawan mangsa untuk menanggalkan bajunya bagi menjadi alat penebat untuk membalut luka di kepala.

Kemudian saya mengoyakkan baju mangsa dan memerhatikan seluruh badannya lagi untuk mengesan sekiranya terdapat lagi luka. Didapati kedua-dua tulang pergelangan tangan (wrist) patah teruk dan saya hanya mampu untuk meletakkan tangannya dalam keadaan yang lebih baik. Sepanjang masa saya di tempat kejadian, darah mangsa berkeluaran secara banyak dari hidung, dan mulut mangsa. Pada masa itu saya minta kawannya bantu meletakkan kepala mangsa di atas kertas-kertas tebal supaya leher mangsa tidak senget untuk melancarkan aliran pernafasan mangsa. Namun, saya melihat darah yang keluar dari hidung sangat pekat dan risau akan darah itu membeku lalu menyumbat saluran pernafasan mangsa, maka saya minta bantuan untuk membaringkan separuh badan mangsa di atas paha kawannya agar struktur posisi badan mangsa berbaring 45 darjah bagi mengelak darah itu membeku dan menghalang pernafasan mangsa. Namun, terdapat beberapa orang di atas bangunan iaitu staf-staf fakulti itu marah berteriakan dan menyuruh untuk baringkan mangsa.

Memang sepatutnya membaringkn mangsa, tetapi keadaan itu di mana darah hidup yang sangat pekat cepat membeku yang juga akan membawa risiko saluran pernafasan mangsa tersumbat. Mereka tidak melihat secara dekat lalu berteriakan menyuruh untuk membaringkan mangsa. Saya walaupun terlatih dengan ilmu pertolongan cemas pun mengikut sajalah arahan mereka supaya membaringkan mangsa itu kerana risau jika apa-apa terjadi nanti saya dituduh.

Dilaporkan bahawa ambulan UKM menerima panggilan pada 2.45pm, tetapi tiba di tempat kejadian pada pukul 2.55pm, dan mangsa itu tidak bernafas dan tidak mempunyai denyutan nadi 1 minit sebelum kedatangan pihak ambulan. Saya pasti dengan masa-masa tersebut kerana saya sentiasa memeriksa nadi dan nafas mangsa dengan melihat masa. Keadaan mangsa pada awalnya memang dapat dilihat sukar untuk bernafas sementara darah hidup itu berpercikan keluar dari hidung dan mulut mangsa. Namun lama kelamaan mangsa itu menarik nafas dengan sangat kuat dan dalam bagi hembusan beberapa kali, lalu mangsa tidak bernafas lagi. Muka mangsa ketika menghembuskan nafas akhir itu terus tidak mempunyai pergerakan langsung selain darha masih mengalir keluar.

Mangsa memang tidak sedar diri ketika dipanggil-panggil namanya sepanjang masa menunggu kedatangan ambulan. Nama yang dipanggil oleh kawan mangsa ialah Lucky. Pada masa itu tangan sy memang habis basah degan darah sampai lengan. Bau darah hidup itu pun sangat segar. Setelah ambulan sampai, pemeriksaan dengupan jantung dilakukan dahulu sambil ahli ambulan lain memasangkan splint di kedua-dua lengan tangan mangsa. Seterusnya pemeriksaan mata juga dilakukan dengan menggunakan lampu sulu. Kemudian saya sama ahli ambulan menaikkm mangsa di atas stretcher, dan menaikkan mangsa di atas katil roda dan saya terus menarik katil itu keluar dari bangunan untuk dinaikkan ke dalam ambulan.

Setelah itu, saya pun pantas berlari ke tandas untuk mencuci tangan saya lalu terus masuk ke bilik kuliah untuk sambung meneruskan ujian saya. Difahamkan bahawa CPR telah dilakukan dalam ambulan semasa perjalanan menuju ke Hospital Kajang, namun mangsa disahkan meninggal di Hospital Kajang. Persoalannya, berkaitan dengan kes tadi, adakah mangsa perlu dibaringkan terus dilantai atau membaringnya sedikit senget bagi mengeluarkan darah di hidung ketika darah berkeluaran di hidung dan mulut mangsa. ?

Comments

Popular posts from this blog

Faktor-faktor Kemunculan Nasionalisme pada abad ke-20

Konsep, Hierarki dan Pembesar

Bentuk Pemerintahan Persekutuan, Raja Berperlembagaan dan Demokrasi Berparlimen