Tiong Hua KTHO Steamboat Dinner



Seronok sangat apabila berkumpul dengan mereka semua, benar-benar buat saya rasa suasana sebuah keluarga. Malam ini, Persatuan Tiong Hua KTHO mengadakan steamboat dinner di atas foyer Kolej Tun Hussein Onn. Dikatakan steamboat dinner ini adalah disediakan oleh semua pelajar tahun satu dalam persatuan Tiong Hua KTHO. Nampaknya semua mereka sangat aktif menyediakannya. Terima kasih kepada Kai Jian kerana telah mengeluarkan masa dan tenaga membawa mereka untuk pergi membeli bahan-bahan masakan steamboat.


Inilah kami yang hadir pada malam ini, di mana kami semua berkumpul bersama senior tahun dua dan tahun tiga serta felo kami yang mengambil kursus sejarah peringkat Master. Sepanjang waktu kami menjamu selera, kami semua saling bercerita, bersembang, bergambar, dan bertanya khabar. Memang inilah apa yang akan berlaku ketika kami berkumpul. Walaupun bilangan kami sedikit, tetapi keeratan kami yang paling kuat.


Ini juga salah satunya aktiviti kami selepas habis makan, kami berkumpul dan masing-masing mengeluarkan smartphone untuk bermain video game iaitu 王者荣耀, yang mana game ini sama seperti mobile legend yang sedang popular pada masa kini. Game tersebut bukan semata-mata dimainkan untuk membuang masa, tetapi dalam game itu kami boleh berhubung dan bermain secara berpasukan, melalui itu juga kami mampu menghiburkan suasana dengan pelbagai gaya permainan kami yang melucukan dan menggeramkan. Namun, juga menjadi unsur kami untuk lebih erat lagi.

Comments

Popular posts from this blog

Faktor-faktor Kemunculan Nasionalisme pada abad ke-20

Konsep, Hierarki dan Pembesar

Bentuk Pemerintahan Persekutuan, Raja Berperlembagaan dan Demokrasi Berparlimen