Mesyuarat Adik-beradik


Dalam gambar ini, ia memperlihatkan suasana di rumah asal saya. Inilah rumah yang saya sangat sayang dan merindukan saya juga. Bukan penghuni-penghuni rumah tetapi suasana di rumah itu. Setiap ruang dan setiap lubuk-lubuk di dalam rumah ini terukirnya kisah zaman kanak-kanak saya sehingga saya besar. Melihat suasana di rumah memang membuat saya rasa sedih, bukan kerana sakit hati tetapi perasaan rindu ingin menjadi anak-anak kecil lagi bersama adik-beradik saya. Kini mereka semua sudah besar, tidak sedar selama ini, mereka semua sebenarya sudah pun besar, tetapi wajah-wajah mereka ketika kanak-kanak masih segar dalam ingatan saya. Saya amat merindui mereka. Hari ini saya balik di tanah air saya, Sabah, terus balik ke kampung saya, Kota Marudu. Disebabkan saya tidak punyai masa lama bersama mereka, saya bercadang untuk mengadakan mesyuarat bersama adik-beradik saya, saya ingin mengetahui perkembangan mereka, saya ingin mendekati mereka, saya ingin membantu mereka dalam apa-apa cabaran yang mereka hadapi, dan saya sangat-sangat teringin untuk mengenang semula zaman kanak-kanak kami. Saya benar-benar amat merinduinya. walaupun kami hidup dengan latar belakang keluar yang susah, tetapi keeratan keluarga kami itu yang menjadi sebuah kelaurga itu begitu mahal dan berharga.

Pada malam ini, setelah kami sudah selesai makan malam bersama. Saya terus memesan kepada semua adik-adik saya untuk duduk berkumpul bagi mengadakan mesyuarat antara kita. Kami memulakan mesyuarat itu dengan agenda pertama kami iaitu, Isu-isu kehidupan semasa, diikuti dengan status kesihatan, keadaan rumah, dan diakhiri dengan laporan masing-masing mengenai keluarga. Sebenarnya antara tujuan saya juga ialah untuk membimbing dan mengajar adik-adik saya untuk mengadakan suatu mesyuarat yang betul. Semua adik-adik saya saya mengarahkan mereka untuk bersuara dalam setiap topik atau agenda yang dipersoalkan. Dalam pada itulah saya dapat membimbing mereka untuk berani membicarakan tentang setiap ahli keluarga, memberi pandangan, memberi maklumat, memberi cadangan dan berkeyakinan untuk mengaku apa-apa perkara yang telah dilakukan oleh mereka. Maka mesyuarat itu pun berakhirlah selepas diadakan selama 2 jam. Apa yang saya dapat simpulkan ialah mereka semua baik dan sihat. Tetapi apa yang menyentuh hati saya ialah rata-rata mereka semua mempersoalkan tentang bila lagi kami semua 7 orang sekeluarga dapat berkumpul lagi duduk semeja, makan bersama. Terlihat mereka semua juga seperti saya merindui antara adik-beradik. Namun, hakikatnya, kebanyakkan kami telah berpisah hidup di tempat berlainan dengan tujuan hidupan yang berlainan. Kini hanya tinggal 4 orang mereka di rumah kampung itu. Tidak apa adik-adikku, saya amat merindui kamu semua juga... akan saya sentiasa ingat kamu dan berusaha menamatkan pelajaran saya dengan cemerlang agar dapat menjadi contoh dan teladan kamu semua untuk bangkit membangunkan keluarga kita.

Popular posts from this blog

Faktor-faktor Kemunculan Nasionalisme pada abad ke-20

Konsep, Hierarki dan Pembesar

Bentuk Pemerintahan Persekutuan, Raja Berperlembagaan dan Demokrasi Berparlimen