Posts

Showing posts from February, 2017

Kursus Pendidikan Palang Merah BSMM

Image
Bersama Leong (tengah) dan Kok Onn (kanan) Begitulah ia, satu lagi sijil yang kami berjaya mendapatkannya, iaitu sijil Kursus Pendidikan Palang Merah BSMM. Sijil ini merupakan salah satu sijil yang disyaratkan untuk lulus mendapatkan pengesahan menjadi seorang jurulatih Bulan Sabit Merah Malaysia. Tetapi lebih penting lagi kerana ilmu yang dipelajari hari ini mampu meluaskan lagi pengetahuan tentang Bulan Sabit Merah Malaysia ini. Secara ringkasnya, kursus ini mendidik kami semua mengenai sejarah dan asal usul BSMM, peranan, perkembangan, konvensyen, dan banyak lagi input baru yang kami pelajari. Pembentangan mengenai peranan Red Crescent Kursus ini diadakan khas untuk ahli BSMM daerah UKM di mana ia diadakan di Pusat Kesatria UKM. Kursus ini dihadiri oleh para ahli BSMM detachment, para ajk detachment, dan khususnya Kadet BSMM. Mengapa dikatakan khususnya bagi Kadet BSMM? sebeb adalah berbeza diantara ahli biasa BSMM dan Kadet BSMM di mana kadet ini ditubuhkan dengan pe

Penglibatan Diri dalam BSMM Daerah UKM

Image
Bulan Sabit Merah Malaysia (BSMM). yaa.. seperti yang dilihat... saya juga melibatkan diri dalam badan beruniform BSMM di universiti. Sebenarnya, ini merupakan penglibatan kali pertama saya dalam BSMM, sebelum ini saya merupakan keluaran Kadet Bomba dan Penyelamat Malaysia dan memegang jawatan sebagai Pegawai Kadet di Sabah. Oleh kerana badan beruniform Bomba dan Penyelamat Malaysia tidak ada dalam universiti, maka saya tetap meneruskan semangat penyelamatan dalam BSMM Daerah UKM. Jalan Plus Highway, Bangi tol. Di UKM pula, saya tidak hanya menjadi ahli BSMM, tetapi saya turut lulus menjadi Kadet BSMM Daerah UKM... dan kini, saya telah dilantik menjadi Ketua Platun Kadet BSMM Daerah UKM. Sudah tentu, memegang jawatan ini tidak mudah, kerana banyak tanggungjawab kena pikul dan didatangi pelbagai cabaran pada masa yang sama. Walau bagaimanapun, atas semangat kesukarelawanan yang berkobar-kobar, saya sentiasa bersediah dan menerima apa yang akan saya harus hadapi. Setelah melibatka

KTHO Family

Image
Kolej Tun Hussein Onn, UKM Family (敦华) Inilah dia acara yang kian lama saya melibatkan diri dalam penyediaan, Kejohanan Tarian Singa anjuran Sekreteriat Pesta Ang Pow Universiti Kebangsaan Malaysia ke-23, yang berlangsung pada 24 April 2017. Sepanjang masa penyediaan, saya dan rakan saya Leong Zhen Ye yang merupakan Exco Penajaan dan Cenderamata Sekreteriat Pesta Ang Pow UKM ke-23 telah menjalani harian yang sungguh mencabar dan bertekanan. Tidak mudah bagi kami dalam usaha mencari penajaan bagi menjayakan pelbagai acara yang akan diadakan oleh Sekreteriat Pesta Ang Pow UKM ke-23. Pelbagai situasai dan keadaan yang kami harus hadapi... dimarahi, tidak dilayani, dan ditolak tanpa sekata. Ia... memang kegagalan untuk mendapatkan penajaan itu sering kali menjadi balasan usaha harian kami. Siang malam kami berusaha, dengan keadaan yang letih, berbaur dengan perasaan sedih, kecewa, marah... ditambahkan lagi tekanan daripada pihak atasan kami, kadang-kadang rasa nak berhenti, nak mel