KTHO Family

Kolej Tun Hussein Onn, UKM Family (敦华)

Inilah dia acara yang kian lama saya melibatkan diri dalam penyediaan, Kejohanan Tarian Singa anjuran Sekreteriat Pesta Ang Pow Universiti Kebangsaan Malaysia ke-23, yang berlangsung pada 24 April 2017. Sepanjang masa penyediaan, saya dan rakan saya Leong Zhen Ye yang merupakan Exco Penajaan dan Cenderamata Sekreteriat Pesta Ang Pow UKM ke-23 telah menjalani harian yang sungguh mencabar dan bertekanan. Tidak mudah bagi kami dalam usaha mencari penajaan bagi menjayakan pelbagai acara yang akan diadakan oleh Sekreteriat Pesta Ang Pow UKM ke-23. Pelbagai situasai dan keadaan yang kami harus hadapi... dimarahi, tidak dilayani, dan ditolak tanpa sekata. Ia... memang kegagalan untuk mendapatkan penajaan itu sering kali menjadi balasan usaha harian kami. Siang malam kami berusaha, dengan keadaan yang letih, berbaur dengan perasaan sedih, kecewa, marah... ditambahkan lagi tekanan daripada pihak atasan kami, kadang-kadang rasa nak berhenti, nak melepaskan semua tanggungjawab itu... namun, setiap kali bersapah dengan rakan-rakan KTHO yang digelar Tun Hua (敦华) dalam bahasa Cina, mereka mesti akan memberi kata-kata semangat, seakan mereka dapat melihat keletihan dari muka kami... Kata-kata itulah yang menjadi pemangkin semangat untuk tidak berputus asa meneruskan perjuangan. Sehinggalah acara Kejohanan Tarian Singa ini berjaya diadakan, di mana saat titik peluh menjadi sinaran, inilah kami... hidup bersatu seperti sebuah keluarga di KTHO. Saya amat mencintai semua sahabat-sabahat saya di KTHO, mereka seakan adik-beradik saya di semenanjung Malaysia ini.

Comments

Popular posts from this blog

Faktor-faktor Kemunculan Nasionalisme pada abad ke-20

Konsep, Hierarki dan Pembesar

Bentuk Pemerintahan Persekutuan, Raja Berperlembagaan dan Demokrasi Berparlimen