Bentuk Pemerintahan Persekutuan, Raja Berperlembagaan dan Demokrasi Berparlimen


SEJARAH MALAYSIA STPM

Soalan : Menghuraikan Bentuk Pemerintahan Persekutuan, Raja Berperlembagaan dan Demokrasi Berparlimen.

SISTEM PEMERINTAHAN

Pengenalan

Sistem Persekutuan adalah satu daripada tiga sistem kerajaan yang diamalkan oleh kebanyakkan negara di dunia. Di Malaysia adalah merupakan sebuah negara Persekutuan dan menjadi asas kepada pembentukan negara Persekutuan bermula dengan penubuhan Negeri-negeri Melayu Bersekutu pada tahun 1896. Manakala penubuhan Persekutuan Tanah Melayu yang berada di bawah sistem pemerintahan pada tahun 1948 pula adalah merupakan gabungan semua negeri di Tanah Melayu. Sistem ini yang menggariskan pembahagian kuasa antara kerajaan pusat dan kerajaan negeri yang telah menjadikan institusi beraja baharu yang dibentuk pada tahun 1957. Namun, sistem beraja mutlak telah diubah menjadi sistem raja berperlembagaan seiring dengan amalan demokrasi yang dibawa masuk dari luar dan menjadi asas kepada pembentukan kerajaan di Malaysia. Selain itu, sistem Raja Berperlembagaan juga telah menjadi tunggak kepada pemerintahan negara sejak merdeka sebelum beralih kepada sistem Demokrasi Berparlimen dan pilihan raya.

Persekutuan
Persekutuan adalah merupakan penggabungan antara beberapa buah negeri yang mempunyai sebuah Kerajaan Persekutuan serta beberapa buah Kerajaan Negeri. Kedua-dua kerajaan ini menjalankan tugas yang diperuntukkan di dalam Perlembagaan Malaysia. Kerajaan Persekutuan tidak mempunyai kuasa mutlak tetapi mempunyai kuasa sepenuhnya terhadap hal ehwal luar negara dan hal-hal umum dan dalam setiap peringkat kerajaan itu mempunyai kuasa autonominya yang tersendiri di dalam bidang perundangan yang tertentu. Manakala Kerajaan Negeri pula mempunyai kuasa sepenuhnya di dalam hal ehwal negeri dan negara Persekutuan pula mengamalkan pengagihan kuasa dalam pentadbiran.

l  Urutan Perkembangan Sistem Persekutuan di Malaysia

Malaysia adalah merupakan sebuah negara Persekutuan yang mempunyai institusi beraja di mana British telah mengiktiraf kedudukan Raja-raja Melayu sebagai pemerintah berdaulat serta penyatuan negeri-negeri Melayu di bawah satu bentuk pemerintaan yang bercorak Persekutuan. Usaha pertama untuk menyatukan negeri-negeri Melayu bermula pada tahun 1896 di mana tertubuhnya Negeri-negeri Melayu Bersekutu yang melibatkan 4 buah negeri iaitu Perak, Selangor, Negeri Sembilan dan Pahang.
Pada tahun 1909, negeri-negeri di utara Tanah Melayu yang terdiri daripad aKedah, Perlis, Kelantan dan Terengganu telah diserahkan kepada British oleh Siam melalui Perjanjian Bangkok. Kemudian, negeri-negeri ini telah disatukan di bawah satu pentadbiran yang dkenali sebagai Negeri-negeri Melayu Tidak Bersekutu. Manakala bagi negeri Johor yang satu-satunya negeri yang bebas daripada penguasaan British telah menyertai gabungan Negeri-negeri Melayu Tidak Bersekutu pada tahun 1914.
Sebelum itu, Pulau Pinang, Melaka dan Singapura secara langsung ditadbir sebagai tanah jajahan British digabungkan di bawah satu sistem pentadbiran yang dikenali sebagai Negeri-negeri Selat pada tahun 1826. Namun, selepas Perang Dunia Kedua, British telah mencadangkan untuk menggabungkan semua negeri di Tanah Melayu kecuali Singapura di bawah sebuah kerajaan kesatuan iaitu Malayan Union, tetapi cadangan tersebut telah dibatalkan akibat daripada bantahan hebat daripada kalangan orang-orang Melayu. Kemudian, Persekutuan Tanah Melayu telah ditubuhkan pada 1 Februari 1948 bagi menggantikan Malayan Union dan dikekalkan sehingga Tanah Melayu mencapai kemerdekaan pada 31 Ogos 1957.
Seterusnya, penubuhan Malaysia pada 16 September 1963, keanggotaan negeri-negeri dalam Persekutuan telah diperluaskan dengan kemasukkan Sabah, Sarawak dan Singapura tetapi pada 9 Ogos 1965, Singapura telah mengambil keputusan untuk keluar dari Malaysia untuk membentuk sebuah negara yang berasingan.
  •  Pembahagian Kuasa di bawah Sistem Persekutuan

Di bawah sistem Persekutuan, kuasa telah dibahagikan kepada dua iaitu kerajaan pusat dan kerajaan negeri tetapi sebahagian besar kuasa tersebut adalah lebih tertumpu kepada kerajaan pusat. Kedua-kedua kerajaan ini tidak boleh menjalankan tugas pentadbiran secara bersendirian kepara kedua-duanya saling berkaitan dan haruslah mempunyai pembahagian kuasa yang khusus dalam bidang tertentu serta sentiasa mengadakan perundingan bagi mencapai sesuatu persetujuan.
Perlembagaan persekutuan telah memperuntukkan pembahagian kuasa antara kerajaan pusat dan kerajaan negeri kepada beberpada bidang kuasa seperti kuasa perundangan, kuasa pemerintahan, hal ehwal kewangan dan hal ehwal tanah. Penggubalan undang-undang bagi seluruh Persekutuan dan bahagian-bahagiannya adalah mengikut kuasa Parlimen manakala Dewan Undangan Negeri pula boleh membuat undang-undang bagi negeri masing-masing. Kuasa membuat undang-undang ini dinyatakan dalam Senarai Persekutuan, Senarai Negeri dan Senarai Bersama.
Perkara-perkara di bawah bidang kuasa Parlimen adalah termaktub dalam Senarai Persekutuan dan di bawah bidang kuasa kerajaan pusat manakala Dewan Undangan Negeri pula akan berada di dalam Senarai Negeri dan di bawah bidang kuasa kerajaan Negeri. Seterusnya, Senarai Bersama pula merujuk kepada bidang kuasa yang melibatkan hubungan kerjasama antara kerajan pusat dengan kerajaan negeri.

Kandungan Perlembagaan Persekutuan

  • Perlembagaan adalah undang-undang dasar sesebuah negara
  • Dokumen rasmi yang mengandungi segala peraturan dan prinsip sebagai panduan kerajaan untuk melaksanakan kuasanya dan mentadbir negara.
  • Setiap negara yang merdeka dan berdaulat perlu mempunyai perlembagaannya sendiri.
  • Terdapat 2 jenis perlembagaan iaitu
  • Perlembagaan  Persekutuan digubal oleh Suruhanjaya Reid (Suruhanjaya Perlembagaan Komanwel) yang ditubuhkan pada Mac 1956.
  • Suruhanjaya ini diketuai oleh Lord Reiddan dianggotai oleh Sir Ivor Jennings   (Britain), Sir William McKell (Australia), Hakim B. Malik (India) dan Hakim Abdul Hamid (Pakistan).
  • Perlembagaan Persekutuan yang dikuatkuasakan pada 27 Ogos 1957 mengandungi 183 Perkara dalam 15 Bahagian.
  • Perlembagaan Persekutuan adalah undang-undang tertinggi negara dan menjadi asas pembentukan undang-undang yang telah atau bakal digubal.
  • Perkara 4(1) Perlembagaan Persekutuan menyatakan bahawa semua undang-undang yang bercanggah dengannya adalah tidak sah dan terbatal.
  • Ketinggian Perlembagaan memudahkan urusan pentadbiran tanpa perlu bersaing dengan pihak lain.
  • Parlimen di Malaysiamemperoleh kuasanya daripada Perlembagaan tetapi terhad seperti yang diperuntukkan dalam Perkara 74 Perlembagaan Persekutuan.
  • Mahkamah berkuasa membatalkan undang-undang yang bercanggah dengan Perlembagaan seperti yang termaktub dalam perkara 121.
  • Yang di-Pertuan Agong tertakluk kepada peruntukan dalam Perkara 40 Perlembagaan Persekutuan.
  • Menjamin kestabilan sesebuah negara dengan menetukan rangka dan bentuk pentadbirannya.
  • Membantu dalam menjamin kecekapan, kejujuran, ketelusan dan keadilan dalam pemerintahan dan pentadbiran sesebuah kerajaan
  • Menjamin taat setia rakyat yang tidak berbelah bahagi kepada negara.
  • Menjamin kedudukan dan hak istimewa kaum Melayu serta bumiputera di Sabah dan Sarawak tidak dipersoalkan.
  • Menjamin kerjasama kesepakatan, keadilan dan kepentingan bersama antara kerajaan Persekutuan dengan Kerajaan Negeri.
  • Menjamin hak asasi dan kebebasan rakyat di negara ini.

-      Perlembagaan bertulis
-      Perlembagaan tidak bertulis

Konsep Ketinggian Perlembagaan

Kepentingan Perlembagaan Persekutuan

RAJA BERPERLEMBAGAAN

Di Malaysia, system raja bereprlembagaan wujud sejak Negara mencapai kemerdekaan pada tahun 1957. Sistem pemerintahan ini mengekalkan raja sebagai pemerintah tertinggi Negara dan negeri. Ketua Negara Malaysia ialah Yang Dipertuan Agong manakala yang diepertua negeri ialah raja-raja negeri yang beraja dan Yang Dipertua Negeri di Melaka, Pulau Pinang, Sabah dan Sarawak.   

Konsep Raja Berperlembagaan
Raja berperlembagaan adalah sistem beraja mengikut perlembagaan. Yang Dipertuan Agong sesebuah negeri bertindak mengikut nasihat Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (Exco). Yang Dipertuan Agong pula ialah ketua Negara manakala perdana menteri sebagai ketua kerajaan. Di peringkat negeri pula, raja ialah ketua negeri manakala Menteri Besar atau ketua menteri sebagai ketua kerajaan.

Kuasa Perundangan
Yang Dipertuan Agong merupakan salah satu komponen parlimen yang mempunyai kuasa memanggil, menangguh, dan memebubarkan Parlimen. Selain itu, Agong juga memperkenankan rang undang-undang yang telah diluluskan oleh Parlimen dalam tempoh 30 hari sebelum sesuatu rang undang-undang boleh diwartakan sebagai undang-undang. Agong juga mempunyai kuasa melantik Setiausaha Dewan Negara dan Dewan Negeri. Baginda tidak mempunyai kuasa dan pengaruh yang kuat dalam pemerintahan atau parlimen. Walaupun baginda sebahagian daripada parlimen, tetapi kuasa baginda terbatas dan bersidang bersama parlimen.

Kuasa budi bicara
Yang dipertuan Agong juga berkuasa melantik Perdana menteri dengan budi bicara baginda sendiri. Baginda juga berhal menolak atau menerima permintaan Perdana Menteri supaya memebubarkan Parlimen. Malah baginda juga berkuasa menitahkan Majlis raja-raja melayu mengadakan  mesyuarat bagi memebincangkan keistimewaan, kedudukan, kehormatan, kemuliaan, dan kebesaran raja-raja Melayu.

Kuasa dalam bidang Eksekutif
Mengikut perlembagaaan persekutuan perkara 39 dan 40, kuasa eksekutif terletak pada Yang Dipertuan Agong. Dalam bidang ini, baginda berhak melantik Pengerusi dan tiga ahli suruhanjaya Pilihan Raya, ahli Perkhidmatan Kehakiman, Pengerusi, dan Timbalan Pengerusi Suruhanjaya Perkhidmaan Awam. Baginda juga mempunyai kuasa melantik Peguam Negara dan Ketua Audit Negara bagi Persekutuan dan Yang Dipetuan Negeri (Pulau Pinang, Melaka, Sabah dan Sarawak).

Kuasa dalam bidang kehakiman
Dalam bidang kehakiman baginda berkuasa mengampunkan dan menangguhkan sesuatu hukuman terhadap kesalahan yang dibicarakan oleh Makhamah Tentera. Melantik Ketua Hakim Negara dan hakim-hakim di makhamah Persekutuan, Makhamah Rayuan, dan Makhamah Tinggi setelah nasihat perdana menteri dan rundingan dengan majlis raja-raja melayu.

Kuasa-kuasa lain
Yang Dipertuan Agong merupakan ketua Negara dan menjadi Ketua Tertinggi Angkatan Bersenjata yang bertanggungjawab menjaga dan memelihara kedudukan dan hak istimewa arang melayu. Baginda juga menjadi ketua agama islam bagi neger baginda sendiri dan bagi negeri-negeri yang tidak mempunyai raja-raja seperti Pulau Pinang, Melaka, Sabah,  dan Sarawak. Malah baginda juga berkuasa mengisytiharkan  Undang-undang Darurat di bawah Undang-undang X’’ jika didapati keselamatan Negara terancam.

Pemilihan Yang Dipertuan Agong
Sebelum merdeka, terdapat Sembilan orang raja-raja melayu yang berkuasa ke atas negeri masing-masing. Namun setelah merdeka, institusi Yang Dipertuan Agong diwujudkan. Seorang daripada Sembilan orang raja-raja melayu dipilih bagi setiap lima tahun untuk memegang jawatan tersebut.

Majlis raja-raja melayu
Majlis raja-raja dibentuk pada tahun 1948 dengan wujudnya Persekutuan Tanah Melayu. Majlis ini telah dikanunkan mengikut Perkara 38 Perlembagaan apabila Negara mencapai kemerdekaan. Mengikut Jadual kelima Perlembagaan tugas majlis raja-raja adalah seperti memilih atau memecat Yang Dipertuan Agong dan Timbalan YDPA bagi persekutuan mengikut peruntukan dalam jadual ketiga, mmenyelaraskan soal agama islam di seluruh Negara, dan melantik anggota-anggota makhamah khas di bawah Fasal (1) Perkara 182. Dalam majlis ini juga turut dibincangkan tentang persetujuan sebarang undang-undang atau pindaan terhadap undang-undang atau perlembagaan seperti bahasa kebangsaan, kewarganegaraan, keistimewaan parlimen kepentingan sah kaum lain, kedudukan istimewa orang melayu da bumiputera di Sarawak dan sabah, dan mengampunkan, meringankan, atau menggantung hukuman yang dikenan terhadap Yang di-Pertuan Agong atau raja oleh Makhamah Khas (Raja-raja).

Keahlian majlis raja-raja 
Semua raja-raja dan Yang Dipertuan Negeri menjadi ahli Majlis Raja-raja. Kehadiran bagi semua raja-raja dalam Majlis raja-raja juga adalah wajib dan jika tidak hadir wakil haruslah mewakilinya mengikut peruntukan undang-undang negeri bagi negeri berkenaan. Dalam majlis ini YDPA bukan lah seorang ahli namun baginda akan menghadiri mesyuarat pada hari kedua sebagai Ketua Negara yang diiringi oleh Perdana Menteri. Baginda juga turut hadir dalam majlis raja-raja apabila mesyuarat mempertimbangkan hal-hal seperti agama islam, adat istiadat, dan hal yang berkaitan denga keistimewaan, kedudukan, kemuliaan, dan kebesaran raja-raja.

Kuasa raja negeri 
Sultan ialah ketua Negeri bagi negeri-negeri yang mengamalkan institusi beraja kecuali di negeri Sembilan, ketua negerinya ialah Yang Dipertuan Besar. Raja dan sultan dipilih berdasarkan system pewarisan takhta kerajaan yang diamalkan oleh negeri berkenaan manakala  Yang Dipertuan Negeri dipilih mengikut perlembagaan negeri. Raja negeri menjalankan tugas seperti melantik seorang Menteri Besar, menangguhkan pembubaran DUN serta membuat permintaan bagi mesyuarat Majlis raja-raja, atau Jemaah pemangku raja, membuat permintaan bagi mesyuarat Majlis Raja-raja, upacara agama atau adat istiadat, ketua agama bagi negeri baginda sendiri, menganugerahkan darjah kebesaran dan pangkat negeri, serta mengawal selia balai diraja dan istana mengikut Perkara 2, Jadual Kelapan Perlembagaan.

DEMOKRASI BERPARLIMEN

Malaysia mengamalkan Sistem Demokrasi Berparlimen di bawah pentadbiran Raja Berlembagaan dengan Yang Dipertuan Agong sebagai Ketua Negara. Perlembagaan negara digubal dengan syarat-syarat tertentu. Salah satu syarat sistem Demokrasi Berparlimen ialah doktrin pengasingan kuasa, iaitu pembahagian kuasa kerajaan kepada tiga cabang pemerintahan, iaitu Badan Perundangan (Legislatif), Badan Pelaksana (Eksekutif), dan Badan Kehakiman (Judisiari). Yang Dipertuan Agong sebagai Ketua Negara mempunyai kuasa tertinggi dalam Badan Perundangan, Badan Pelaksana, dan Badan Kehakiman.

A. BADAN PERUNDANGAN (LEGISLATIF)
Badan Perundangan merujuk kepada Parlimen dan Dewan Undangan Negeri. Badan ini berfungsi menggubal, meminda, dan meluluskan undang-undang. Parlimen Persekutuan terdiri daripada Yang Dipertuan Agong, Dewan Negara, dan Dewan Rakyat. Parlimen Persekutuan  merupakan badan perundangan yang tertinggi di Malaysia. Parlimen berlangsung selama lima tahun, dari tarikh mesyuarat pertamanya selepas pilihan raya umum melainkan Parlimen dibubarkan terlebih dahulu. Parlimen dengan sendirinya terbubar pada penghujung tempoh lima tahun dan dalam masa 60 hari dari tarikh pembubaran Parlimen, pilihan raya umum mesti diadakan. Parlimen mesti dipanggil bermesyuarat pada suatu tarikh tidak lewat daripada 120 hari dari tarikh Parlimen dibubarkan.

Yang Di-Pertuan Agong
Dalam Perlembagaan Persekutuan dalam Perkara 55, memperuntukkan bahawa hanya Yang Di-Pertuan Agong sahaja yang boleh memanggil Parlimen untuk bersidang atau menangguhkan penggal Parlimen mengikut Perlembagaan Persekutuan. Baginda juga boleh membubarkan Parlimen mengikut budi bicara baginda. Selain itu, baginda mempunyai kuasa memperkenankan rang undang-undang sebelum menjadi undang-undang. Apabila rang undang-undang telah diluluskan oleh Dewan Negara dan Dewan Rakyat, maka rang undang-undang itu sebenarnya telah sah dan hanya memerlukan cop mohor daripada Yang Di-Pertuan Agong atas nasihat Perdana Menteri.  Selain tugas utama tersebut, Yang Dipertuan Agong juga memperkenankan pindaan akta lama, pindaan Perlembagaan, dan rang undang-undang kewangan.

Dewan Negara
Dewan Negara merupakan dewan tertinggi dalam sistem pemerintahan negara. Setiap ahli Dewan Negara digelar Senator yang diwakili setiap negeri dan dilantik tanpa melalui pilihan raya. Dewan Negara terdiri daripada 70 orang ahli. 44 orang ahli dilantik oleh Yang Dipertuan Agong termasuk dua orang ahli mewakili Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, satu ahli mewakili Wilayah Persekutuan Labuan dan Wilayah Persekutuan Putrajaya. 26 orang ahli selebihnya dipilih 13 Dewan Undangan Negeri di mana setiap negeri diwakil oleh 2 orang ahli.
Dewan Negara mempunyai bidang kuasa dalam membahaskan hal rakyat, membincangkan dasar-dasar kerajaan, dan membahaskan dan menangguhkan atau meluluskan rang undang-undang, pindaan, akta, atau pindaan Perlembagaan. Namun begitu, Dewan Negara tidak mempunyai kuasa untuk menolak rang undang-undang yang diluluskan oleh Dewan Rakyat tetapi hanya boleh menangguhkan rang undang-undang kewangan selama 30 hari dan tidak berkuasa untuk melakukan apa-apa pindaan. Bagi rang undang-undang yang lain, Dewan Negara boleh menangguhkannya selama setahun.

Dewan Rakyat
Dewan Rakyat merupakan dewan terpenting kerana ahlinya dipilih oleh rakyat melalui pilihan raya umum. Terdiri daripada 222 orang ahli yang mewakili semua kawasan pilihan raya di seluruh negeri.
  • Ahlinya dikenali sebagai ahli Parlimen/Wakil Rakyat
  • Memegang jawatan selama 5 tahun
  • Boleh terdiri daripada ahli politik atau ahli bebas, iaitu bukan dari mana-mana parti politik.
  • Tidak boleh menganggotai Dewan Negara pada masa yang sama tetapi boleh menjadi ahli Dewan Undangan Negeri pada masa yang sama.

Dewan Rakyat mempunyai bidang kuasa dalam membahaskan hal dan masalah rakyat, membahaskan dasar-dasar kerajaan, mempunyai kuasa pemutus dalam rang undang-undang kewangan iaitu peruntukan yang berkaitan dengan hal kewangan dan cukai, menggubal dan meluluskan undang-undang Persekutuan, dan proses meluluskan undang-undang.

B. BADAN PELAKSANA (EKSEKUTIF)

Badan Eksekutif merupakan kumpulan yang memberi dan menerima arahan. Ketua Eksekutif dilaksanakan oleh kabinet yang diketuai oleh Perdana Menteri atas nama Yang Dipertuan Agong. Kabinet terdiri daripada menteri-menteri yang dilantik oleh Yang Dipertuan Agong atas nasihat Perdana Menteri.

Kabinet merupakan badan pembentukan dasar negara yang tertinggi. Keanggotaan Kabinet terdiri daripada ahli Dewan Negara dan Dewan Rakyat. Kabinet juga mempunyai Jawatankuasa Tetap dan Jawatankuasa Khas. Kabinet akan mengadakan mesyuarat setiap minggu bagi membincangkan hal-hal semasa. Semua menteri dalam Kabinet mempunyai tanggungjawab bersama kepada Parlimen, iaitu mempunyai tanggungjawab secara kolektif ke atas segala keputusan yang dibuat dalam Parlimen.

Perdana Menteri bertanggungjawab memimpin kerajaan dan menjalankan pentadbiran dengan licin dan teratur. Timbalan Perdana Menteri akan melaksanakan tugas-tugas Perdana Menteri semasa beliau ke luar negara, bercuti, atau sakit. Antara tugas-tugas Perdana Menteri:
  • Bertanggungjawab atas pentadbiran negara dan memastikan agar segala pentadbiran dijalankan dengan lancar.
  • Menjadi wakil rasmi rakyat Malaysia dalam hal-hal antarabangsa
  • Merupakan Ketua Penasihat kepada Yang Dipertuan Agong
  • Mempunyai jabatan sendiri yang dikenali sebagai Jabatan Perdana Menteri yang menguruskan tugas pada peringkat Persekutuan sahaja seperti:
          - Membentuk dan merancang dasar-dasar kerajaan dan menyelaraskan serta mengawal semua kementerian, jabatan, dan badan-badan Persekutu.
          - Menguruskan kerja-kerja Majlis Tertinggi seperti Majlis Tindakan Negara, Majlis Keselamatan Negara, Majlis Perancangan Negara, dan Majlis Ekonomi Negara.

Manakala menteri pula akan mengetuai kementerian. Menteri yang tidak mengetuai mana-mana kementerian dipanggil Menteri Tidak Berportfolio. Menteri akan dibantu oleh Timbalan Menteri dan Setiausaha Parlimen atau Setiausaha Menteri.

Kumpulan eksekutif yang melaksanakan tugas terdiri daripada:

Pegawai Perkhidmatan Awam
-        Wakil Rakyat yang dipilih melalui pilihan raya menjadi kumpulan eksekutif yang menguruskan sesuatu tugas. Manakala Pegawai Perkhidmatan Awam yang tidak terlibat dalam politik ialah kumpulan eksekutif yang melaksanakan tugas. Perkhidmatan Awam diketuai oleh Ketua Setiausaha Negara (KSN).
-        Setiap kementerian akan dibahagikan kepada Jabatan atau Bahagian yang diketuai oleh Ketua Pengarah
-        Badan berkanun dan agensi kerajaan ialah agensi awam yang ditubuhkan oleh Parlimen untuk tujuan tertentu dan bertanggungjawab kepada seseorang menteri. Agensi ini diletakkan di bawah kementerian.
      Polis Diraja Malaysia (PDRM)
-        PDRM berada di bawah perintah kerajaan. Tugas PDRM ialah memastikan rakyat mematuhi undang-undang dan mengesan penjenayah dan kegiatan subversif.
      Angkatan Bersenjata
    - Angkatan tentera bertanggungjawab mempertahankan kedaulatan negara daripada diceroboh.
  - Tediri daripada 3 cawangan, iaitu Tentera Darat Diraja Malaysia, Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM), dan Tentera Udara Diraja Malaysia.

Tentera dan polis tidak terlibat dalam politik. PDRM dan ATM mengikut dasar kerajaan melalui Kementerian Dalam Negeri dan Kementerian Pertahanan. Pelantikan dan kenaikan pangkat kakitangan kerajaan dikendalikan oleh Suruhanjaya Perkhidmatan. Ahli Suruhanjaya Perkhidmatan dilantik oleh Yang Dipertuan Agong.

C. BADAN KEHAKIMAN (JUDISIARI)

Fungsi utama badan kehakiman adalah untuk menjamin keadilan. Selain itu, badan kehakiman juga berperanan dalam mentafsirkan perlembagaan, mengisytiharkan undang-undang sebagai tidak sah dan mentafsirkan undang-undang bertulis. Yang Dipertuan Agong bertanggungjawab melantik, menaikkan pangkat, atau melucutkan jawatan seorang hakim. Ketua Hakim Negara mengetuai kehakiman negara dan Suruhanjaya Perkhidmatan Kehakiman yang menguruskan urusan kehakiman. Hakim tidak boleh terlibat dengan kegiatan politik dan dilindungi daripada pengaruh politik oleh perlembagaan.

Comments

Popular posts from this blog

Faktor-faktor Kemunculan Nasionalisme pada abad ke-20

Konsep, Hierarki dan Pembesar