Kursus Pendidikan Palang Merah BSMM

Bersama Leong (tengah) dan Kok Onn (kanan)
Begitulah ia, satu lagi sijil yang kami berjaya mendapatkannya, iaitu sijil Kursus Pendidikan Palang Merah BSMM. Sijil ini merupakan salah satu sijil yang disyaratkan untuk lulus mendapatkan pengesahan menjadi seorang jurulatih Bulan Sabit Merah Malaysia. Tetapi lebih penting lagi kerana ilmu yang dipelajari hari ini mampu meluaskan lagi pengetahuan tentang Bulan Sabit Merah Malaysia ini. Secara ringkasnya, kursus ini mendidik kami semua mengenai sejarah dan asal usul BSMM, peranan, perkembangan, konvensyen, dan banyak lagi input baru yang kami pelajari.


Pembentangan mengenai peranan Red Crescent
Kursus ini diadakan khas untuk ahli BSMM daerah UKM di mana ia diadakan di Pusat Kesatria UKM. Kursus ini dihadiri oleh para ahli BSMM detachment, para ajk detachment, dan khususnya Kadet BSMM. Mengapa dikatakan khususnya bagi Kadet BSMM? sebeb adalah berbeza diantara ahli biasa BSMM dan Kadet BSMM di mana kadet ini ditubuhkan dengan pelbagai objektif dan peranan yang mana akan lebih banyak aktiviti dan tugasan yang kadet akan terlibat... dan yang paling penting ialah kadet boleh menebus 8 jam kredit daripada pusat citra sepanjang sesi pembelajaran ijazah.

Gambar bersama para AJK Tinggi dan penceramah (kanan 3, barisan bawah)

Comments

Popular posts from this blog

Faktor-faktor Kemunculan Nasionalisme pada abad ke-20

Konsep, Hierarki dan Pembesar

Bentuk Pemerintahan Persekutuan, Raja Berperlembagaan dan Demokrasi Berparlimen