Penglibatan Diri dalam BSMM Daerah UKM

Bulan Sabit Merah Malaysia (BSMM). yaa.. seperti yang dilihat... saya juga melibatkan diri dalam badan beruniform BSMM di universiti. Sebenarnya, ini merupakan penglibatan kali pertama saya dalam BSMM, sebelum ini saya merupakan keluaran Kadet Bomba dan Penyelamat Malaysia dan memegang jawatan sebagai Pegawai Kadet di Sabah. Oleh kerana badan beruniform Bomba dan Penyelamat Malaysia tidak ada dalam universiti, maka saya tetap meneruskan semangat penyelamatan dalam BSMM Daerah UKM.
Jalan Plus Highway, Bangi tol.
Di UKM pula, saya tidak hanya menjadi ahli BSMM, tetapi saya turut lulus menjadi Kadet BSMM Daerah UKM... dan kini, saya telah dilantik menjadi Ketua Platun Kadet BSMM Daerah UKM. Sudah tentu, memegang jawatan ini tidak mudah, kerana banyak tanggungjawab kena pikul dan didatangi pelbagai cabaran pada masa yang sama. Walau bagaimanapun, atas semangat kesukarelawanan yang berkobar-kobar, saya sentiasa bersediah dan menerima apa yang akan saya harus hadapi. Setelah melibatkan diri secara langsung dalam badan beruniform ini, minat saya terhadap BSMM semakin bertambah, kerana banyak ilmu baru yang saya pelajari dalam soal penyelamatan... dan sudah tentu ia menjadi kesukaan saya untuk mempelajarinya.

Comments

Popular posts from this blog

Faktor-faktor Kemunculan Nasionalisme pada abad ke-20

Konsep, Hierarki dan Pembesar

Bentuk Pemerintahan Persekutuan, Raja Berperlembagaan dan Demokrasi Berparlimen