Kerja Sponsorship

Hari ini saya bersama rakan saya Leong Zhen Ye sibuk mengumpulkan barang-barang tajaan seperti hamper, sijil bersertakan frame dan cenderamata untuk Majlis Makan Besar Pesta Ang Pow UKM ke-23. Rubuan terima kasih kepada para penaja atas sokongan yang begitu tinggi terhadap program kebudayaan Cina yang bakal berlangsung pada hari esok iaitu bersamaan 5/03/2017 pada hari Jumaat. Antara tempat yang kami pergi adalah Ampang, Bandar Baru Bangi, Kajang, dan Seremban. Sememangnya rasa letih sepanjang pergerakan hari ini, tetapi apabila mengingatkan acara majlis besar yang bakal berlangsung hari esok, keletihan itu hilang... kerana apa yang boleh menggembirakan ialah selepas saja hari esok berlalu, kami bebas daripada kesibukan, tekanan, keletihan, kekecewaan, dan bermacam-macam lagi perasaan negatif yang kami bertahan selama ini. Mungkin semasa acara berlangsung, dan semasa acara penutupan majlis tersebut, kesemua para hadirin mahupun penonton melihat kejayaan kami, menyaksikan kehebatan kami menganjurkan majlis besar yang dihadiri seramai ribuan orang ini, mereka melihat kegembiraan kami. Tetapi disebalik semua itu tidak ramai yang tahu betapa banyak pahit dan manis yang kami harungi.


Cenderamata untuk VIP

Hamper untuk cabutan bertuah

Sijil penghargaan

Goodies bag

Comments

Popular posts from this blog

Faktor-faktor Kemunculan Nasionalisme pada abad ke-20

Konsep, Hierarki dan Pembesar

Bentuk Pemerintahan Persekutuan, Raja Berperlembagaan dan Demokrasi Berparlimen