BBOM Meeting

Mesyuarat bersama barisan ajk induk BSMM yang diketuai oleh Ahmad Azwadie Azman (baju koporat kuning) sebagai ketua program Bantuan Bencana Operasi Menyelamat (BBOM) yang akan diadakan pada 12 hingga 14 Mei 2017 di Hutan Pendidikan Alam UKM.

bersama sebahagian rakan kadet turut hadir mesyuarat pada malam ini. Kebanyakan kadet telah pernah mengikuti program BBOM pada sesi yang lepas termasuk diri saya. Oleh itu, untuk sesi tahun ini, bagi kadet yang belum mengambil kursus BBOM ini, mereka akan menjadi peserta, manakala bagi yang telah menjalani kursus ini, mereka akan menjadi urusetia BBOM. Semua kami telah diberi jawatan masing-masing, dan saya sendiri memegang jawatan sebagai pengarah program bagi kursus BBOM sesi tahun ini. Semoga kita dapat mengadakan program ini dengan jaya rakan-rakan sekalian.

Comments

Popular posts from this blog

Faktor-faktor Kemunculan Nasionalisme pada abad ke-20

Konsep, Hierarki dan Pembesar

Bentuk Pemerintahan Persekutuan, Raja Berperlembagaan dan Demokrasi Berparlimen