Kajian Kes (Tugasan Kadet BSMM Daerah UKM)

Rasa lega hari ini kerana telah menyiapkan lagi satu tugasan Kadet BSMM daerah UKM di mana Kadet di minta untuk membentangkan sebuah kajian kes yang diberi sebagai soalan untuk dijawab secara pembentangan dan video. Saya pada masa itu yang menyertai Seksyen A yang diketuai oleh Leong Zhen Ye telah bersama dengan ahli seksyen tersebut menjalankan sesi rakaman video dan melakonkan kes tersebut.

Mangsa Kedua yang mengalami kemalangan kenderaan bersama mangsa ketiga.


Ini merupakan mangsa pertama yang mana ia menaiki basikal dan mengalami kemalangan.


Mangsa ketiga iaitu yang dilakonkan oleh saya sendiri yang mana mengalami kemalangan kenderaan.

          
Sebelum sesi rakaman tersebut, kami telah memulakan dengan perbincangan dan taklimat ringkas daripada Ketua Seksyen untuk memastikan peranan masing-masing dapat dibuat dengan baik.


Dan ini, tibalah masanya di mana kami membentangkan hasil kerja kumpulan kami iaitu diadakan di bilik mesyuarat Pusat Kesihatan UKM pada pukul 9 malam.


Inilah gambar susana bersam ahli Seksyen A berbincang kajian kes tersebut mengenai soalan yang diajukan oleh Encik Lim Kar Keng, Pengerusi Kemasyarakatan BSMM daerah UKM.


Sepanjang sesi menyiapkan tugasan ini, saya rasa bangga kerana dapat bekerjasama dengan Seksyen A di mana mereka sangat berilmu dan berkemahiran dalam menyelesaikan tugasan ini... Apa yang membuat saya rasa kagum ialah mereka sangat responsif dengan apa-apa keadaan dan persoalan yang dihadapi. Sesungguhnya, walaupun begitu, tetap ada juga ahli seksyen yang tidak dapat memberi komitmen penuh sepanjang menyiapkan tugasan ini, antaranya mereka tidak datang untuk sama-sama menjalankan sesi rakaman tersebut dan tidak memberi maklum balas mengenai ketidak hadiran mereka semasa perjumpaan. Tetapi saya faham, mereka mesti menghadapi kesibukan yang tidak dapat dielakkan yang menyebabkan komitmen mereka yang kurang memuaskan.


Klik untuk menyaksikan hasil video kajian kes BSMM kami.



































Comments

Popular posts from this blog

Faktor-faktor Kemunculan Nasionalisme pada abad ke-20

Konsep, Hierarki dan Pembesar

Bentuk Pemerintahan Persekutuan, Raja Berperlembagaan dan Demokrasi Berparlimen