Lepak Lepas Posmoterm PAP23rd


Sangat seronok dapat berlepak dengan kawan-kawan semua... sebenarnya kami berlepak sejak petang semalam sehingga subuh... seperti yang dilihat dalam gambar kami ada hiburan (happy hour) yang tersendiri, dan tempat itu merupakan ruang tamu di rumah kawan di Kajang. Pada malam itu, kami bermula dengan minuman sambil bermain kad Texas Poker. kemudian kami bercerita dan melepaskan pelbagai perasaan yang tersimpan dalam hati seperti ketidak puashatian, tersinggung, kecewa, sedih, marah dan berbagai-bagai lagi topik termasuklah topik yang lawak... eyaa... kami amat terhibur, kerana di suasana yang rasa bebas dan lega... kami mampu mendengar pelbagai suara hati dari kawan-kawan, mendengar kisah mereka, dan mendengar pendapat atau pandangan mereka. Dengan cara in, saya rasa ia amat berkesan untuk membina jambatan keeratan antara hati ke hati kami masing-masing... melalui sesi yang begini juga saya mampu mengenali seseorang kawan itu lebih dekat dan memahami gaya dan sikap mereka, ini amat penting bagi saya untuk membina jalinan hubungan kawan yang berpanjangan. Lebih-lebih lagi saya ini berasal dari seberang tanah air, Sabah, maka itulah pentingnya ada jalinan bersama kawan-kawan yang datang daripada pelbagai negeri dan daerah, kerana saya sangat hargai adanya mereka, dan saya percaya masing-masing kami ada kelebihan serta keunikan yang tersendiri, maka kami dapat berkongsi ilmu dan kemahiran bagi lebih melengkapi diri kami lagi. Walau bagaimanapun, taat dan jujur kepada kawan merupakan prinsip kehidupan saya kerana saya percaya tidak kira diri saya ini berpijak di mana-mana muka bumi ini, keperluan untuk adanya kawan adalah tidak dapat dikecualikan. Love you all brothers...
Inilah keadaan kami pada ketika itu, setelah berhibur sepanjang malam, masing-masing bergelimpangan di suasana ruang tamu. XD

Comments

Popular posts from this blog

Faktor-faktor Kemunculan Nasionalisme pada abad ke-20

Konsep, Hierarki dan Pembesar

Bentuk Pemerintahan Persekutuan, Raja Berperlembagaan dan Demokrasi Berparlimen