Santapan Coconut Shake


Santapan coconut shake, minum petang bersama 3 rakan sekursus saya, Joyce Wong (kiri) dan Kai Jian (kanan) yang mana juga merupakan rakan sebilik penginapan. Setelah tamat waktu kuliah pada hari ini, kami bertiga menaiki kereta kancil warna merun yang dibelakang itu ke stesen minyak untuk mengisi minyak kereta. Semasa perjalanan pulang ke Kolej dari luar UKM, kebetulan kami melihat sebuah restoran yang memaparkan iklan minuman Coconut Shake di luar restoran, menjadi tarikan kami untuk singgah ke restoran tersebut untuk menikmati rasa coconut shake di restoran itu. Sudah tentu ramai yang sudah pernah merasai coconut shake di pelbagai tempat yang berlainan. Sebab itu juga, kami teringin untuk merasai coconut shake di sebuah restoran yang terletak kira-kira 2 km dari UKM di Jalan Reko, Kajang. Memang sangat sedap rasanya ditambahkan lagi cuaca panas pada hari ini. Di samping menikmati minuman itu, kami bertiga juga lancar berborak dan saling berketawaan ketika perbualan yang lucu dan lawak. Bagi saya, inilah saat yang paling saya hargai iaitu dapat mengeratkan hubungan bersama kawan-kawan yang berasal dari pelbagai tempat di Malaysia.

Comments

Popular posts from this blog

Faktor-faktor Kemunculan Nasionalisme pada abad ke-20

Konsep, Hierarki dan Pembesar

Bentuk Pemerintahan Persekutuan, Raja Berperlembagaan dan Demokrasi Berparlimen