AGM BSMM daerah UKM ke-30

Sesungguhnya, pada hari ini, berlangsungnya Mesyuarat Agung Tahunan BSMM Daerah UKM dengan jaya. Hari ini juga merupakan hari yang mana saya menerima amanah dengan pelantikan Ketua Platun Kadet BSMM dengan sahnya.


Majlis Mesyuarat Agung Tahunan atau AGM BSMM UKM ke-30 dimulakan dengan perbarisan para kadet yang diketuai oleh saya sendiri sebagai komanden untuk menyambut kedatangan seorang pegawai tinggi BSMM Negeri Selangor yang juga merupakan seorang berstatus Datuk.

Bersama saya Encik Lim Kar Keng (kiri dua) Pengerusi Kemasyarakatan BSMM Daerah UKM yang juga merupakan jurulatih BSMM, Zuhaira Nasrin Mohamed Zin (kanan dua) dan Siti Bazilah Zulkefli (kanan) merupakan OC BSMM daerah UKM.

Perbarisan ini juga telah dijalankan beberapa kali latihan dan raptai sebelum AGM ini. Para kadet juga mungkin ada yang keletihan kerana tidur lewat dan sibuk dengan kerja lain selepas balik dari latihan. Tetapi apa yang dapat dilihat ialah kesemuanya kami bersemangat dan cergas pada pagi ini. Kami telah berdiri dalam keadaan perbarisan salama 30 minit sambil menunggu kedatangan pegawai tinggi BSMM peringkat negeri Selangor tersebut.

Maka inilah titik permulaan harinya, di mana saya dilantik sebagai Ketua Platun Kadet BSMM dengan sahnya. Bersama saya iaitu Dr. Jowhar Than dan Encik Shah Johan merupakan pihak tertinggi dalam BSMM daerah UKM. Perasaan bangga yang berbaur dengan rasa tidak sabar turut hadir dalam diri saya. Bangga kerana saya mendapat kepercayaan orang ramai untuk memegang jawatan ini dan rasa tidak sabar kerana bersiap untuk menerima tugasan dan tanggungjawab yang bakal dijalankan. Itutlah saya, semangat yang tinggi dalam unit beruniform ini.

dan inilah barisan Kadet semua, di mana jumlah Kadet BSMM daerah UKM sesi 2016-2017 seramai 47 orang, tetapi dalam gambar tidak lengkap kerana ada rakan kadet yang tidak hadir dan ada yang pergi awal atas kerja lain. Walau bagaimanapun, saya sangat berharap dapat bekerjasama dengan semua rakan kadet, biarlah kesempurnaan dalam menjalankan tugas kurang, tetapi yang penting ialah kita sentiasa bersatu, merempuh segala cabaran, biarlah kita bersama seperti sebuah keluarga, di mana satu pasukan yang penuh dengan cinta kasih. "coming togather is the beginning, keeping togather is progress, working togather is success."



Comments

  1. Betway Live Casino Review 2021 - KTRH
    Betway Live Casino 공주 출장샵 Review and 강원도 출장안마 Promotions · Welcome Bonus · Up to €100 in Bet Credits for new customers · Promo Code for First 김해 출장샵 Deposit 계룡 출장샵 · Up to a 고양 출장샵

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Faktor-faktor Kemunculan Nasionalisme pada abad ke-20

Konsep, Hierarki dan Pembesar

Bentuk Pemerintahan Persekutuan, Raja Berperlembagaan dan Demokrasi Berparlimen