Kadet BSMM Daerah UKM High Post Meeting 1.0


Kiri: saya, Hisyam, Leong, Athirah, Alyaa

Setelah kian lama AGM BSMM Daerah UKM telah berlalu, inilah jawatan tinggi Kadet BSMM Daerah UKM mengadakan mesyuarat buat pertama kalinya. Struktur jawatankuasan Kadet BSMM ini terdiri daripada seorang Ketua Platun, seorang Timbalan Ketua Palatun, dan terbahagi kepada 3 Seksyen iaitu, Alfa, Beta dan Charlie disertai dengan penolong seksyen di setiap seksyen.

Ketua Platun : Yong Sen Ling (saya sendiri)
Timbalan Ketua Platun : Oo Hao Shern
Ketua Seksyen A : Alyaanur
P. Ketua Seksyen A : Leong Zhen Ye
Ketua Seksyen B : Dayang Deeana binti Zulkipli
P. Ketua Seksyen B : Muhammad Hisyam bin Saiful Hakimi
Keyua Seksyen C : Tan Jia Nian
P. Ketua Seksyen C : Athirah Zulkifli

Antara perkara yang kami bincangkan ialah di mana pembahagian tugas setiap seksyen serta aktiviti-aktiviti yang bakal diadakan oleh induk BSMM Daerah UKM. Dalam mesyuarat ini juga kami membincangkan mengenai cara-cara untuk mengeratkan hubungan silaturahim antara kadet kerana keeratan dalam sesebuah pasukan itu sangat penting untuk kami berjalan dalam satu arah yang padu. Saya juga faham bahawa kadet ini juga akan menghadapi pelbagai cabaran-cabaran yang bakal didugai dalam menjalankan tugas serta menyertai pelbagai kursus akan datang. Disebabkan itulah saya sangat-sangat menitikberatkan mengenai hubungan baik antara satu sama lain dalam pasukan kadet ini. Harapan saya kepada semua kadet juga adalah untuk mewujudkan suasana rasa sebuah keluarga, kerana perasaan dalam sebuah keluarga itu amat memberansangkan semangat keprihatinan terhadap setiap ahli kadet, dan ini dapat membawa kami semua ke arah kejayaan. Ini adalah disebabkan apabila seseorang ahli kadet itu mempunyai perasaan prihatin terhadap ahli kadet lain, maka secara langsung mereka akan saling bantu-membantu dan berkesanggupan untuk berkorban demi tugas yang diterima bersama. Dengan itu, saya yakin bahawa penubuhan kadet ini bukan sahaja memberi input dari segi ilmu pengetahuan, tetapi juga meninggalkan pengalaman dan kenangan yang amat mendalam dalam setiap hati kami. Walaupun ahli kadet ini tidak ramai, hanya 47 orang, namun ia amat bernilai ketika kami semua kumpul bersama. I Love You all Kadet BSMM daerah UKM #1st batch.


Comments

Popular posts from this blog

Faktor-faktor Kemunculan Nasionalisme pada abad ke-20

Konsep, Hierarki dan Pembesar

Bentuk Pemerintahan Persekutuan, Raja Berperlembagaan dan Demokrasi Berparlimen