Petang ini saya dan Leong bercadang untuk berenang untuk sebagai suatu sukan untuk menggerakkan otot-otot badan kerana sudah lama tidak bersukan selain daripada bermain bola keranjang. Kebetulan kami terserempak dengan Andrew lalu mengajanya sekali, dia juga sangat berminat untuk menyertai rancangan kami itu. Maka kami pun berangkat ke Danau UKM untuk melunaskan rancangan kami itu. Andrew sebenarnya dicalonkan sebagai atlet yang akan mewakili UKM ke pertandingan renang air di peringkat Majlis Sukan Universiti Malaysia. Maka itu juga menjadi satu sebab dia aktif datang ke sini untuk berlatih bagi pesediaan diri untuk mewakili UKM sekiranya terpilih sebagai atlet untuk acara renang air.

Kiri : Andrew, Ryan (Senior), Leong, dan saya

Setelah kami berenang di kolam air selama sekitar 30 minit, kebetulan kami terserempak lagi dengan senior kolej kami yang juga datang ke untuk berenang. Maka itulah kami berempat dalam gambar. Kami berenang sehingga pukul 7 petang iaitu, selama 2 jam lebih dari sekitar pukul 5 petang kami sampai. Sepanjang masa berenang itu, Andrew juga sangat murah hati mengajar saya dan Leong untuk berenang dengan cara yang betul. Dia memang sangat berpengalaman dan katanya sudah lebih dari 5 tahun dia pandai berenang dengan mengikuti kelab renang yang dipimpin oleh jurulatih. Sepanjang masa itu juga, kami bersembang dan saya banyak bertanyakan tentang kehidupan Andrew sebelum ini, dan dari respond dia saya tambah lebih mengenali dia lagi. Menurut cerita tentang kehidupan dia juga, saya pelajari sesuatu yang mana saya tidak pernah terfikir tentang kehidupan ini sungguh berbagai.

Comments

Popular posts from this blog

Faktor-faktor Kemunculan Nasionalisme pada abad ke-20

Konsep, Hierarki dan Pembesar

Bentuk Pemerintahan Persekutuan, Raja Berperlembagaan dan Demokrasi Berparlimen