Kejutan ketika Lawatan Bilik


Suatu kejutan bagi pengetua kolej kami, Kolej Tun Hussein Onn ketika lawatan ke blok penginapan di bilik kami. Seperti yang ditetapkan, tuan pengetua akan melawat di setiap blok bagi memantau suasana penginapan keadaan mahasiswa di kolej ini di mana hari merupakan giliran bagi blok penginapan kami. Pengetua merasa terkejut apabila membuka pintu bilik kami yang mana bilik penginapan saya dan rakan Liew Kai Jian dan tertanya-tanya dengan barang-barang yang ada di dalam bilik kami.


Inilah barang-barang yang dimaksudkan iaitu hamper-hamper tajaan yang mana baki daripada acara majlis Pesta Ang Pow UKM ke-23. Keseluruhan hamper ini termasuk yang telah digunakan berjumlah 15 besar dan 15 kecil, yang mana kesemuanya ditaja oleh HAMPER2U. Walau bagaimanapun, hamper ini yang sepatutnya diberikan ketika cabutan bertuah semasa majlis tersebut telah dibatalkan atas sebab kesuntukkan masa yang berlaku. Walau bagaimanapun, hamper ini akan diagihkan kepada acara lain oleh persatuan-persatuan di UKM dan juga akan diagihkan kepada pihak kebajikan seperti rumah orang-orang tua dan rumah anak yatim. Benda yang ada di dalam kotak tersebut merupakan baki cenderamata yang belum disampaikan kepada VIP pada Majlis Makan Besar tersebut. Cenderamata ini juga merupakan tajaan daripada sebuah syarikat di Ampang yang mana syarikat tersebut menaja sebanyak 5 buah cenderamata berkaca yang ia bernilai RM500 sebuah. Terima kasih kepada para penaja sekalian...

Comments

Popular posts from this blog

Faktor-faktor Kemunculan Nasionalisme pada abad ke-20

Konsep, Hierarki dan Pembesar

Bentuk Pemerintahan Persekutuan, Raja Berperlembagaan dan Demokrasi Berparlimen