Majlis Pertauliahan dan Pembacaan Ikrar Bulan Sabit Merah Malaysia Dareha UKM


Syukur... Maka dengan ini secara rasminya, saya sudah menjadi Ketua Platun Kadet Bulan Sabit Merah Malaysia Daerah Universiti Kebangsaan Malaysia yang bertauliah. Semoga saya dapat menghabiskan semua persijilan dengan lancar agar dapat menjadi jurulatih BSMM yang bertauliah.


Pertauliahan ini sememangnya merupakan suatu penghargaan bagi saya. Saya amat berterima kasih kepada semua ahli kadet lain yang menyokong saya selama ini. Terima kasih atas kepercayaan yang kamu berikan kepada saya. Saya juga tidak akan menghampakan kamu semua di mana kita akan menjadi barisan utama BSMM Daerah UKM yang lebih menonjol dan berkualiti.


Pertauliahan ini walaupun terdapat sedikit kesilpan, namun ia memberi pengalaman yang bernilai bagi saya, ini disebabkan pertauliahan ini hanya pernah menjalankan dua kali latihan singkat dan terus dijalankan pada hari ini. Memang latihan itu sangat-sangat tidak cukup, tetapi apa-apa pun, ianya tetap berjalan lancar.


Comments

Popular posts from this blog

Faktor-faktor Kemunculan Nasionalisme pada abad ke-20

Konsep, Hierarki dan Pembesar

Bentuk Pemerintahan Persekutuan, Raja Berperlembagaan dan Demokrasi Berparlimen