Malam Persembahan Orkestra Tradisional Ke-11 Artisukma UKM


Sekali lagi kami menghadiri acara yang dianjurkan oleh para mahasiswa-siswi Cina UKM iaitu Malam Persembahan Orkestra Tradisional yang mana mempersembahkan pelbagai alat-alat muzik tradisional kaum Cina atau juga dikenali sebagai Tiong Hua yang dimainkan menjadi persembahan Orkestra. Memang sangat bagus yang mana terdapat acara seperti ini yang mana ia membolehkan generasi muda sekarang ini meneruskan warisan budaya bangsa masing-masing serta menjadi unsur perpaduan antara kaum kerana ini dapat mengongsikan kepada kaum bangsa lain agar saling lebih mengenali antara satu sama lain. Seperti dalam gambar, ia menunjukkan sesuatu yang mana hanya persatuan Tiong Hua KTHO sahaja yang memahami maknanya. Sebenarnya gambar ini bukan diambil saja-saja, tetapi ia memberi makna kepada kami semua di mana ia menunjukkan keeratan kami seperti sekeluarga. Perempuan yang berbaju putih ala-ala juruterbang itu merupakan usher pada acara tersebut, bernama Tan Xin Wei, dan dia juga merupakan sebahagian daripada keluarga Tiong Hua KTHO. Gambar ini diambil bersama dia kerana ia membawa makna yanag mana kehadiran kami di acara itu juga bertujuan untuk menyokong dia. Dalam tangan dia juga sedang memegang hadiah dan kad ucapan tahniah kepada dia daripada kami. Memang itulah apa yang kami akan lakukan kepada setiap warga Tiong Hua KTHO yang aktif menyertai acara-acara luar, kami akan datang menyokong dia sebagai suatu penghargaan kepada dia. Saya juga percaya dia sangat gembira melihat kedatangan kami, lebih-lebih lagi menerima buah tanga daripada kami.



Bukan hanya seorang sahaja daripada warga Tiong Hua KTHO yang aktif menyertai acara Persembahan Orkestra Tradisional ini, tetapi ini, Tan Jia Qi yang berbaju kemeja hitam dan bertali leher biru itu lebih menyerlah lagi pada malam ini, di mana dia sendiri menjadi peserta yang menyampaikan persembahan itu. Memang amat membanggakan kepada kami, tetapi kedua-dua ibu bapa dia yang turut hadir bersama menyokong dan menyaksi persembahan anak dia. Saya sebagai kawan dia memang sangat bangga dengan kemahiran dia bermain alat muzik tradisional cina. Saya tidak tahu nama spesifik dia dalam bahasa Melayu, tetapi ia adalah sama seperti seruling yang mana ia agak unik dengan ukiran seruling tersendiri. Bravo !


Kami juga sempat mengambil gambar bersama Oo Hao Shern yang mana sedang berkambai tangan di tengah. Persoalannya mengapa hanya saya dan Leong mengambil dengan dia, kerana hanya kami berdua mengenali dia daripada persatuan Tiong Hua KTHO kerana Hao Shern bersama-sama kami merupakan Kadet BSMM Bulan Sabit Merah Malaysia Daerah UKM. Kami juga mengambil gambar dengan dia kerana bagi kami semua di sana, ia juga menunjukkan suatu penghargaan dari saya dan Leong kepada dia kerana dia merupakan Exco Persatuan Orkestra Tradisional ini yang telah banyak menyumbangkan masa dan tenaga dalam menjayakan acara persembahan itu.


Seterusnya yang ini, bersama kawan sepasukan kami dalam Sekreteriat Pesta Ang Pow  UKM ke-23, Jia Liang, yang mana dia juga merupakan usher pada acara ini. Seperti yang dikatakan, menagapa hanya saya dan Leong dari persatuan Tiong Hua KTHO bergambar dengan dia, kerana hanya saya dan Leong menjadi Exco Pesta Ang Pow UKM ke-23 yang mana banyak menjalinkan hubungan kerjasama antara satu sama lain. Kami sangat gembira dapat mengambil gambar dengan Jia Liang kerana, setelah kian lama majlis Pesta Anpow UKM selesai, kami juga jarang berjumpa dan jarang berkomunikasi. Semoga gambar ini boleh jadi suatu yang menarik bagi mengekalkan keeratan kami semua.

Comments

Popular posts from this blog

Faktor-faktor Kemunculan Nasionalisme pada abad ke-20

Konsep, Hierarki dan Pembesar

Bentuk Pemerintahan Persekutuan, Raja Berperlembagaan dan Demokrasi Berparlimen