Perkembangan Perlembagaan di Sabah & Sarawak


SEJARAH MALAYSIA STPM

Soalan : Menggalurkan perkembangan Perlembagaan di Sabah & Sarawak.

Perlembagaan di Sabah
Pada tahun 1881 hingga 1942, Sabah atau Borneo Utara berda di bawah pentadbiran Syarikat Borneo Utara British. Pada tahun 1942, Jepun telah menakluki Sabah dan  memerintah Sabah sehingga tahun 1945. Walaubagaimanapun, selepas kekalahan Jepun dalam Perang Dunia Kedua, pentadbiran sabah diserahkan kepada tentera Australia. Pada 10 Jun 1945, tentera Australia menyerahkan pentadbiran Sabah kepada tentera British yang memperkenalkan pentadbiran Tentera British  (BMA) untuk memulihkan keamanan di Sabah.

Selepas Perang Dunia Kedua, Syarikat Borneo Utara British tidak mampu untuk mentadbir sabah  kerana keadaan ekonomi Sabah merosot akibat peperangan dan memerlukan bantuan kewangan pada masa itu. SBUB  tidak sanggup membelanjakan wang untuk memulihkan ekonomi Sabah. Hal ini menyebabkan   SBUB mengambil keputusan menyerahkan pentadbiran Sabah kepada kerajaan British. Oleh itu, pada 15 Julai 1946, Sabah menjadi tanah jajahan British. Penduduk tempatan juga tidak menentang penyerahan Sabah kepada kerajaan British kerana pada masa itu, penduduka Sabah tidak memahami tujuan pertukaran pemerintahan tersebut, kesedaran politik belum wujud dalam kalangan penduduk Sabah dan tidak berpengalaman dalam pentadbiran.

Tahun 1950 ( Perlembagaan baharu)
            Kerajaan British telah mengisytiharkan perlembagaan baharu di Sabah pada 17 Oktober 1950 sebagai langkah awal berkerajaan sendiri. Dalam perlembagaan ini, Gabenor dibantu oleh Majlis Eksekutif yang terdiri daripada sembilan orang ahli yang dilantiknya sendiri. Mereka bertugas sebagai penasihat kepada Gabenor. Majlis Undangan terdiri daripada 22 orang ahli yang dilantik oleh Gabenor. Di Bawah perlembagaan ini, 4 orang ahli yang terdiri daripada bumiputera Sabah dilantik ke Majlis Undangan dan berpeluang mendapat latihan dan pengalaman dalam urusan pentadbiran Negeri. Antara tokoh yang pernah dilantik sebagai ahli dalam Majlis Undangan ialah Donald stephens dan Datu Mustapha Datu harun.

Tahun 1952 ( Majlis tempatan)
            Majlis tempatan yang pertama ditubuhkan di Kota Belud dan berfungsi menjadi jabatan kerajaan peringkat daerah atau baNdar dan menjadi asas kepada pemilihan perwakilan untuk pentadbiran secara demokrasi. Tanggungjawab Majlis Tempatan adalah dalam bidang hal ehwal kewangan, pendidikan, bekalan air dan elektrik, pertanian, kesihatan, dan ternakan.

Tahun 1960 (Pindahan Perlembagaan)
Kerajaan British telah meminda semula Perlembagaan 1950 dengan menambah jumlah bilangan pemimpin kaum bumiputera sebagai ahli tidak rasmi dalam Majlis Undangan. Kesemua ahli yang dilantik ini bukan dipilih oleh rakyat melalui pilihan raya tetapi dilantik oleh Gabenor British yang memegang kuasa sebenar.

Tahun 1962
Sebelum pilihan raya diadakan beberapa parti digabungkan seperti UNKO, Pasok Momogun, dan SCA menjadi Parti Perikatan Sabah dengan diketuai oleh Donald Stephens dan Datu Mustapha. Pilihan raya ini adalah untuk memilih ahli Majlis Undangan. Ahli-ahli  Majlis Daerah akan memilih wakil-wakil ke Majlis Residen. Majlis Residen pula akan memilih wakil ke Majlis Undangan. Parti Perikatan Sabah telah mendapat kemenangan besar dalam pilihan raya pada tahun 1962.

Kesimpulannya, Sabah mempunyai beberapa peringkat perkembangan perlembagaan di bawah pemerintahan British. Perlembagaan yang diwujudkan ditambah baik dari semasa ke semasa sehinggalah penyertaan Sabah dalam Persekutuan Malaysia.

Perlembagaan di Sarawak
   Pada tahun 1841 hingga tahun 1941, Sarawak telah diperintah oleh keluarga Brooke dan telah menjadi negeri naungan kepada kerajaan British pada tahun 1888. Selepas pendudukan Jepun di Sarawak pada tahun 1946, Charles Vyner Brooke telah mengambil keputusan untuk menyerahkan Sarawak kepada kerajaan British. Pada 1 julai 1946, secara rasminya Sarawak telah diisytiharkan sebagai Tanah Jajahan Mahkota British dan British seterusnya telah mengambil beberapa langkah untuk melatih penduduk tempatan ke arah untuk berkerajaan sendiri.

Perkembangan Perlembagaan di Sarawak

Tahun 1946
Kerajaan British telah menggunakan Perlembagaan 1941 yang mana telah dilaksanakan oleh pemerintahan Brooke untuk dijadikan sebagai asas pentadbirannya di Sarawak. Di dalam Perlembangaan 1941, telah menetapkan penubuhan dua buah pemerintah yang terdiri daripada Majlis Negeri (Badan Perundangan) dan Majlis Tertinggi (Badan Eksekutif). Keahlian kedua-dua badan ini tidak dipilih secara langsung melalui pilihan raya, tetapi dilantik sendiri oleh Gabenor British.
Fungsi Majlis Negeri adalah untuk meluluskan perbelanjaan negeri Sarawak yang mana majlis ini juga terdiri daripada 14 orang ahli rasmi (pegawai perkhidmatan awam Sarawak) dan 11 orang ahli yang tidak rasmi (mewakili pelbagai masyarakat di Sarawak yang dilantik oleh British. Manakala Majlis Tertinggi pula terdiri daripada tidak kurang daripada lima orang ahli dan majlis ini berfungsi untuk berunding dengan Gabenor yang berkaitan dengan pentadbiran dan pegawai perkhidmatan awam. Seorang Gabenor adalah seorang pegawai tertinggi dan beliau mempunyai kuasa yang luas dan beliau hanya perlu berunding dengan Majlis Tertinggi. Gabenor Sarawak yang pertama adalah Sir Charles Arden Clarke.
Sistem pentadbiran negeri Sarawak telah disusun semula kepada lima bahagian dan setiap bahagian akan dibahagikan kepada beberapa daerah. Setiap bahagian akan ditadbir oleh seorang Residen dan setiap daerah akan ditadbir oleh seorang Pegawai Daerah manakala daerah yang lebih kecil akan ditadbir oleh penolong pegawai daerah.

Tahun 1947
Majlis Tempatan yang ditubuhkan pada akhir tahun 1947 adalah merupakan satu usaha untuk memberi pengalaman pentadbiran dan kepimpinan kepada masyarakat tempatan. Majlis Tempatan ini juga berfungsi untuk mengurus pendidikan rendah, mengawal perbelanjaan di kawasannya dan mengutip cukai kepala serta cukai-cukai lain.
Tahun 1956
Pada hujung tahun 1956, pilihan raya majlis daerah yang pertama telah diadakan untuk Majlis Bandaran Kuching. Pindaan Perlembagaan Negeri Sarawak pada 1956 dan dikuatkuasakan pada April 1957. Pada hujung tahun 1959, hampir semua Majlis Daerah di Sarawak telah mengadakan pilihan raya. Pilihan raya ini telah membolehkan dan telah memberi peluang kepada rakyat untuk memilih wakil mereka bagi memperjuangkan kepentingan mereka secara tidak langsung.

Kesimpulan
    Hasil daripada pengenalan Perlembagaan 1956, beberapa buah parti politik telah ditubuhkan antaranya adalah SUPP, PANAS, dan SNAP. Kemudian, beberapa buah parti politik lain juga turut ditubuhkan seperti BARJASA, SCA dan PESAKA. Pada November 1962, sebuah Perikatan Sarawak telah dibentuk yang bertujuan untuk menghadapai pilihan raya pada tahun 1963 dan pada masa yang sama, Perikatan Sarawak ini telah memenangi 138 kerusi dalam pilihan raya tersebut.




x

Comments

Popular posts from this blog

Faktor-faktor Kemunculan Nasionalisme pada abad ke-20

Konsep, Hierarki dan Pembesar

Bentuk Pemerintahan Persekutuan, Raja Berperlembagaan dan Demokrasi Berparlimen