Posts

Showing posts from April, 2017

Chatolic Student Society (CSS) Annual Camp

Image
Bersama rakan-rakan saya, kami berjaya mengadakan kem tahunan ini bagi Persatuan Pelajar Katolik. Hari ini merupakan hari teakhir kem ini berjalan. Semuanya lancar sahaja. Terima kasih kepada Ketua Program kami iaitu, Vincent, yang mana banyak mengeluarkan masa dan tenaga untuk memastikan kem ini dapat diadakan dengan lancar, walaupun saya hanya memegang jawatan yang kecil dalam komuti penganjuran kem ini, tetapi saya benar-benar kurang memberi komitmen di setiap mesyuarat yang diadakan sebelum ini atas kesibukkan saya yang betul-betul tidak dapat dielakkan. Walau bagaimanapun, saya benar-benar berasa kerana kamu semua menjalankan tugas dari awal persiapan sehinggs hari kejadian ini tidak berlaku pergolakkan atau pertengkaran. Ini merupakan suatu contoh yang sudah pasti mendapat pujian. Mengapa saya mengatakan begitu, kerana saya selama proses persiapan ini, saya sudah bersedia untuk dimarahi kerana dengan komitmen saya yang kurang dalam kerjasama persiapan kem tahunan

Malam Persembahan Orkestra Tradisional Ke-11 Artisukma UKM

Image
Sekali lagi kami menghadiri acara yang dianjurkan oleh para mahasiswa-siswi Cina UKM iaitu Malam Persembahan Orkestra Tradisional yang mana mempersembahkan pelbagai alat-alat muzik tradisional kaum Cina atau juga dikenali sebagai Tiong Hua yang dimainkan menjadi persembahan Orkestra. Memang sangat bagus yang mana terdapat acara seperti ini yang mana ia membolehkan generasi muda sekarang ini meneruskan warisan budaya bangsa masing-masing serta menjadi unsur perpaduan antara kaum kerana ini dapat mengongsikan kepada kaum bangsa lain agar saling lebih mengenali antara satu sama lain. Seperti dalam gambar, ia menunjukkan sesuatu yang mana hanya persatuan Tiong Hua KTHO sahaja yang memahami maknanya. Sebenarnya gambar ini bukan diambil saja-saja, tetapi ia memberi makna kepada kami semua di mana ia menunjukkan keeratan kami seperti sekeluarga. Perempuan yang berbaju putih ala-ala juruterbang itu merupakan usher pada acara tersebut, bernama Tan Xin Wei, dan dia juga merupakan sebahagian

Majlis Sambutan 30 Tahun dan Malam Penghargaan BSMM Daerah UKM

Image
Sungguh tidak sangka boleh pula saya menjadi "Raja Of The Night" pada malam ini. Walaupun hanya berpakaian tradisional saya dari Sabah, mungkin ini menjadi keunikan diantara ramai orang yang berpakaian baju Melayu. Tetapi apa-apa pun saya sangat suka semua jenis pakaian tradisioanal yang ada di Malaysia, tidak kira kaum atau bangsa, pakaian tradisional mereka semua sangat luar biasa dan bermakna. Kiri : Ole, Claudya, dan saya Ini adalah di mana saya bersama-sama rakan-rakan senegeri dan negeri jiran berpakaian yang benar-benar menunjukkan identiti kita. (walaupun sebenarnya saya bukan memakai pakaian tradisional bangsa saya) Kiri : Brian, saya, San2, Tina, Cynthea, Ole, dan Alvin Dan ini juga, saya bergambar bersama sebahagian kawan-kawan dalam Persatuan Chatolic Student Society (CSS) Malam ini merupakan Majlis Sambutan 30 Tahun & Malam Penghargaan Bulan Sabit Merah Malaysia Daerah Universiti Kebangsaan Malaysia. Rupanya malam ini barulah dapat ta

Makan Malam (Malam Penghargaan Bersama Financial Department Of PAPUKM 23rd)

Image
Sesungguhnya, malam ini kami mengadakan makan malam penghargaan bagi pejabat kewangan (financial deparment)Sekreteriat Pesta Ang Pow Universiti Kebangasaan Malaysia ke-23. Seperti yang dilihat dalam gambar saya dan Leong merupakan Exco Penajaan dalam pejabat kewangan kepada Sekreteriat Pesta Ang Pow Universiti Kebangsaan Malaysia ke-23 (PAPUKM ke-23). Makan malam ini diadakan bagi menghargai kerjasama yang telah kami hulurkan bersama sewaktu menjayakan pelbagai majlis dan acara di dalam dan di luar kampus Universiti Kebangsaan Malaysia ke-23 ini. Makan malam ini bukanlah sebuah majlis tetapi kami membuatnya di C180, sebuah restoran ala-ala Korean. Kalau diimbas kembali, sepanjang kami menjadi Exco Sekreteriat PAP ini, dari mula hingga ke akhir, dari proses penyediaan, ke proses pelaksanaan, hingga ke proses penutupan, memang ia mengukir ingatan kami sedalam-dalamnya, di mana pelbagai kesusahan, keletihan, dan tekanan yang kami lalui. Berapa banyak masa yang kami habis untuk semua ac

Kadet BSMM Daerah UKM High Post Meeting 1.0

Image
Kiri: saya, Hisyam, Leong, Athirah, Alyaa Setelah kian lama AGM BSMM Daerah UKM telah berlalu, inilah jawatan tinggi Kadet BSMM Daerah UKM mengadakan mesyuarat buat pertama kalinya. Struktur jawatankuasan Kadet BSMM ini terdiri daripada seorang Ketua Platun, seorang Timbalan Ketua Palatun, dan terbahagi kepada 3 Seksyen iaitu, Alfa, Beta dan Charlie disertai dengan penolong seksyen di setiap seksyen. Ketua Platun : Yong Sen Ling (saya sendiri) Timbalan Ketua Platun : Oo Hao Shern Ketua Seksyen A : Alyaanur P. Ketua Seksyen A : Leong Zhen Ye Ketua Seksyen B : Dayang Deeana binti Zulkipli P. Ketua Seksyen B : Muhammad Hisyam bin Saiful Hakimi Keyua Seksyen C : Tan Jia Nian P. Ketua Seksyen C : Athirah Zulkifli Antara perkara yang kami bincangkan ialah di mana pembahagian tugas setiap seksyen serta aktiviti-aktiviti yang bakal diadakan oleh induk BSMM Daerah UKM. Dalam mesyuarat ini juga kami membincangkan mengenai cara-cara untuk mengeratkan hubungan silaturahim antara
Image
Petang ini saya dan Leong bercadang untuk berenang untuk sebagai suatu sukan untuk menggerakkan otot-otot badan kerana sudah lama tidak bersukan selain daripada bermain bola keranjang. Kebetulan kami terserempak dengan Andrew lalu mengajanya sekali, dia juga sangat berminat untuk menyertai rancangan kami itu. Maka kami pun berangkat ke Danau UKM untuk melunaskan rancangan kami itu. Andrew sebenarnya dicalonkan sebagai atlet yang akan mewakili UKM ke pertandingan renang air di peringkat Majlis Sukan Universiti Malaysia. Maka itu juga menjadi satu sebab dia aktif datang ke sini untuk berlatih bagi pesediaan diri untuk mewakili UKM sekiranya terpilih sebagai atlet untuk acara renang air. Kiri : Andrew, Ryan (Senior), Leong, dan saya Setelah kami berenang di kolam air selama sekitar 30 minit, kebetulan kami terserempak lagi dengan senior kolej kami yang juga datang ke untuk berenang. Maka itulah kami berempat dalam gambar. Kami berenang sehingga pukul 7 petang iaitu, selama 2 j

Mesyuarat Adik-beradik

Image
Dalam gambar ini, ia memperlihatkan suasana di rumah asal saya. Inilah rumah yang saya sangat sayang dan merindukan saya juga. Bukan penghuni-penghuni rumah tetapi suasana di rumah itu. Setiap ruang dan setiap lubuk-lubuk di dalam rumah ini terukirnya kisah zaman kanak-kanak saya sehingga saya besar. Melihat suasana di rumah memang membuat saya rasa sedih, bukan kerana sakit hati tetapi perasaan rindu ingin menjadi anak-anak kecil lagi bersama adik-beradik saya. Kini mereka semua sudah besar, tidak sedar selama ini, mereka semua sebenarya sudah pun besar, tetapi wajah-wajah mereka ketika kanak-kanak masih segar dalam ingatan saya. Saya amat merindui mereka. Hari ini saya balik di tanah air saya, Sabah, terus balik ke kampung saya, Kota Marudu. Disebabkan saya tidak punyai masa lama bersama mereka, saya bercadang untuk mengadakan mesyuarat bersama adik-beradik saya, saya ingin mengetahui perkembangan mereka, saya ingin mendekati mereka, saya ingin membantu mereka dalam apa-apa cabara

Kenangan Selamanya

Image
Kiri: Koh Kuan Wei (FELO), Brian Chong, Lau Chen Yin, dan saya Seronok betul dapat makan bersama senior-senior saya hari ni. Dan yang paling Best pula kami masak sendiri pada petang ini untuk makan malam kami. Sebenarnya saya memang teringin sangat nak masak kerana sudah kian lama saya tidak sentuh barang-barang dapur setelah pindah ke Semenanjung untuk sambung pelajaran saya. Kebetulan ada satu hari yang lalu, saya datang lepak di bilik felo (orang yang berbaju oren) paling best di KTHO, Koh Kuan Wei. Saya melihat ada ruang dapur dan saya terus bertanya sama ada dia memang selalu masak di sini. Katanya ia. Jawapan dia menarik perhatian saya lalu saya terus merancang masa bila dapat memasak dan makan di sini, kerana saya sangat rindu masakan rumah yang mana buat saya merindui keluarga saya. Maka adalah peluang hari ini, setelah meminta kebenaran dari felo saya, maka saya pun keluar ke pasar untuk membeli sedikit bahan seperti ayam, sayur, dan sedikit ramuan. Setelah itu, waktu peta